Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ibu Bapa Kini Boleh Pantau TikTok Anak-Anak Dengan Ciri Baru Ini

Cara Untuk Pantau Dan Kawal Anak Menggunakan TikTok

Diterbitkan Mei 10, 2022 oleh Nadiah Ab

Dalam era teknologi kini, kita semua tahu generasi muda zaman kini terutamanya anak-anak kita sudah sangat sinonim dengan penggunaan aplikasi TikTok.

Tentunya ini menjadi tanggungjawab para ibu bapa untuk sentiasa memantau gerak geri dan perilaku anak-anak dalam menggunakan media sosial terutamanya TikTok.

TikTok juga dikenali sebagai platform yang paling terkenal dengan kandungan yang pelbagai termasuk jenis kandungan yang tidak sesuai untuk golongan dari peringkat bawah umur.

Oleh itu, TikTok membangunkan satu ciri yang membolehkan ibu bapa untuk mengawal penggunaan aplikasi TikTok anak-anak melalui ciri ‘Family Pairing’.

Berikut ialah cara untuk aktifkan ciri keselamatan ini.

Cara aktifkan ‘Family Pairing’ di akaun TikTok ‘Parent’

Langkah 1: Pergi ke bahagian ‘Settings and Privacy’ dan pilih ‘Family Pairing’.

tiktok anak

Langkah 2: Klik ‘Continue’.

tiktok anak

Langkah 3: Pilih ‘Parent’.

tiktok anak

Langkah 4: Dengan menggunakan akaun TikTok anak, imbas kod QR pada paparan kod QR ini.

tiktok anak

Langkah 5: Setelah berjaya hubungkan akaun, pilih akaun anak.

tiktok anak

Langkah 6: Di sini, anda boleh ubah tetapan penggunaan akaun anak tadi pada ‘Screen Time Management’, ‘Restricted Mode’ dan ‘Search’.

Cara Untuk Pantau Dan Kawal Anak Menggunakan TikTok

Anda selesai menetapkan kawalan ke atas akaun TikTok anak anda.

Cara aktifkan ‘Family Pairing’ di akaun TikTok anak

Langkah 1: Ulang langkah 1 hingga 3 seperti tadi dan pilih ‘Teen’.

tiktok anak

Langkah 2: Imbas kod QR pada akaun TikTok ‘Parent’ dan klik ‘Link accounts’.

tiktok family pairing

Anda selesai menghubungkan akaun anak dengan akaun ‘Parent’. Anak anda boleh melihat tetapan kawalan yang ditetapkan tetapi tidak boleh mengubah apa-apa.

tiktok anak

Maklumat tambahan

Untuk nyahhubung (unlink) akaun anda dengan akaun TikTok anak, anda boleh pergi ke paparan seperti di langkah 6 tadi dan pilih ‘Unlink’ di bahagian bawah skrin.

Sila maklum anak anda juga boleh unlink akaunnya sendiri dengan akaun ‘Parent’ dengan cara yang sama namun tetapan hanya akan kembali kepada yang asal selepas 48 jam.

tiktok anak

Selamat memantau anak anda!

Baca juga:

  • Ini Cara Terpaling Mudah Untuk ‘WhatsApp’ Diri Sendiri
  • Cara Aktifkan Kaedah Pembayaran RFID Untuk Pengisian Minyak Di Shell
  • Hanya Guna ‘Back Tap’ Pada iPhone Untuk Dapat Duit Raya, Ikut Cara Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY