Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-26T091630.343

Canon Dan UMS Beri Kesedaran Tentang Kehidupan Laut Melalui Fotografi

Diterbitkan Jun 26, 2024 · Dikemas kini Jun 26, 2024 oleh Muhd Idham

Sempena Hari Lautan Sedunia 2024, Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Institut Penyelidikan Marin Borneo (BMRI) telah bekerjasama dengan Canon Marketing Malaysia dalam mengadakan program ‘Exploring Ocean Awareness Through Photography‘, bertempat di Galeri Azman Hashim, Universiti Malaysia Sabah.

Tujuan program ini dilakukan adalah untuk memberikan pencerahan kepada umum tentang perkara yang dilalui oleh kehidupan di dalam laut serta keindahannya yang perlu kita jaga bersama.

Pencerahan itu diterangkan menerusi bengkel yang dipimpin oleh jurufoto dasar laut terkenal dan EOS Master Canon, Ipah Uid Lynn.

Beliau turut berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalamannya dalam bengkel yang diadakan pada 24 Jun 2024 itu dengan menerangkan secara mendalam teknik-teknik penting untuk fotografi akuatik yang menarik di samping memberikan penekanan mengenai amalan bertanggungjawab yang dapat mengurangkan impak manusia ke atas ekosistem yang sangat sensitif ini.

Screenshot 2024-06-26 at 11.25.52 AM
Pameran “Exploring Ocean Awareness Through Photography” dipimpin oleh jurufoto dasar laut terkenal dan EOS Master Canon, Ipah Uid Lynn.
Canon Dan UMS Beri Kesedaran Tentang Kehidupan Laut Melalui Fotografi
Pelawat yang meneroka pameran “Meningkatkan Kesedaran Laut Melalui Fotografi” di Galeri Azman Hashim UMS, mengenali kehidupan marin melalui penceritaan visual yang menakjubkan.

Selain daripada bengkel, satu pameran foto turut diadakan, menampilkan karya fotografi dasar laut terbaik yang dicetak menggunakan mesin pencetak daripada siri Canon imagePROGRAF Pro.

Canon dan BMRI telah bersetuju untuk meneruskan kolaborasi mereka ini dengan usaha menyerlahkan lagi keindahan lautan serta kaedah penjagaan ekosistem marin.

Beli produk Canon di:

Shopee – https://invl.io/cljm78v

Lazada – https://invol.co/cljm7ak

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Team17 Buat Jualan Di Steam, Diskaun Sehingga 90 Peratus
  • Infinix Sekali Lagi Dalam "Top 50 Kantar BrandZ Chinese Global Brand Builders 2024"
  • Google Sahkan Tarikh Pelancaran Siri Pixel 9
  • Acara Galaxy Unpacked Akan Berlangsung 10 Julai Depan

Sumber: Siaran Media Canon Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY