Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNG eWallet Kad kredit

Caj 1% Untuk Semua Tambah Nilai TNG eWallet Melalui Kad Kredit

Diterbitkan Februari 3, 2024 · Dikemas kini Februari 3, 2024 oleh Amalina Athman

Touch ‘n Go (TNG) Digital mengumumkan bahawa ia akan mengenakan bayaran 1% untuk semua tambah nilai melalui kad kredit pada TNG eWallet, berkuat kuasa 23 Februari 2024.

Berkaitan

  • Tambah Nilai TNG eWallet Serendah RM1, Ini Caranya
  • Tiada Lagi FPX, Tambah Nilai TNG eWallet Kini Hanya Melalui DuitNow Transfer

Jelas TNG Digital, langkah itu bertujuan bagi mengekang pembayaran berlebihan daripada baki kad kredit ke akaun bank, serta mengimbangi kos tambah nilai kad kredit yang telah disubsidi selama ini.

November tahun lalu TNG telah mula melaksanakan caj 1% ke atas tambah nilai kad kredit manual melebihi RM1,000. Dengan perubahan baharu ini, caj 1% akan dikenakan kepada semua tambah nilai melalui kad kredit, tanpa had minimum.

Sebagai alternatif lain, pengguna boleh membuat tambah nilai TNG eWallet melalui kaedah DuitNow Transfer atau kad debit – kekal percuma tanpa caj tambahan.

Semua pengguna diberikan nombor akaun DuitNow apabila membuka akaun eWallet, yang boleh didapati melalui bahagian profil. Untuk tambah nilai melalui DuitNow Transfer, ikut langkah yang disertakan dalam gambar di bawah atau rujuk pautan INI.

1_a TNG
2_a TNG

Dalam pada itu, TNG turut menasihatkan pelanggan untuk menyimpan nombor akaun DuitNow TNG eWallet sebagai “Favourite” di bank masing-masing, bagi memudahkan tambah nilai kelak.

Sumber: lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY