Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNG eWallet_7

Tambah Nilai TNG eWallet Serendah RM1, Ini Caranya

Diterbitkan Mei 18, 2023 · Dikemas kini Mei 18, 2023 oleh Amalina Athman

Beberapa hari lalu, Touch ‘n Go eWallet telah mengemas kini jumlah tambah nilai minimum melalui FPX dan kad debit/kredit, yang memerlukan sekurang-kurangnya RM20, berbanding RM10 sebelum ini.

Namun, TNG menyatakan ada cara lain yang boleh dilakukan untuk tambah nilai di bawah RM20. Mungkin ada yang sudah tahu dan begitu juga sebaliknya, tambah nilai serendah RM1 boleh dilakukan melalui DuitNow Transfer.

Berkaitan

  • Cara Letak Widget TNG eWallet Pada 'Lock Screen' iPhone Untuk Mudahkan Pembayaran Di Kedai
  • TNG eWallet Naikkan Had Minimum Tambah Nilai Melalui FPX Dan Kad Kredit Iaitu RM20

Bagi yang belum tahu, ikut langkah di bawah untuk menambah nilai TNG eWallet melalui DuitNow Transfer, serendah RM1.

Tambah nilai TNG eWallet melalui DuitNow Transfer

Berikut disediakan panduan mudah.

1. Buka aplikasi TNG eWallet, klik “+Reload”. Kemudian tekan ikon “Copy” untuk menyalin nombor akaun TNG eWallet.

TNG eWallet_9

2. Buka dan log masuk mana-mana aplikasi perbankan dalam talian. Sebagai contoh, saya memilih aplikasi CIMB OCTO dan MAE untuk DuitNow Transfer. Perlu diketahui, kemungkinan terdapat sedikit kelainan antara muka setiap jenis bank yang digunakan.

3. Pada bahagian “Transfer”, pilih “Bank Account Number” (CIMB) atau “Banks” (MAE).

TNG eWallet_2
CIMB OCTO
TNG eWallet_3
MAE

4. Seterusnya, di bahagian “Recipient Bank” (CIMB) atau “Transfer” (MAE), tatal sehingga ke bawah dan pilih “Touch ‘n Go eWallet”. Tampalkan (paste) nombor akaun yang telah disalin pada langkah 1 tadi.

TNG eWallet_4
CIMB OCTO
TNG eWallet_5
MAE

5. Masukkan amaun tambah nilai TNG eWallet. Ikut langkah seterusnya, sahkan nama penerima dan sahkan transaksi tersebut.

Selesai. Itu sahaja tips untuk kali ini. Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY