Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ByteDance Sah Jual Moonton Pada Harga Lebih $6 Bilion

ByteDance Sah Jual Moonton Pada Harga Lebih $6 Bilion

Diterbitkan Mac 20, 2026 · Dikemas kini Mac 20, 2026 oleh Amsyar Latif

ByteDance dilaporkan bersetuju menjual studio permainan Moonton kepada Savvy Games Group milik Arab Saudi dalam perjanjian bernilai sekitar US$6 bilion (~RM28 bilion), menurut Reuters. Langkah ini menandakan perubahan besar strategi syarikat induk TikTok itu yang kini semakin menjauh daripada industri gaming.

Moonton dikenali sebagai pembangun Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), antara permainan mobile paling popular di Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Dengan komuniti pemain yang besar serta ekosistem esports yang kukuh, Moonton menjadi aset bernilai tinggi dalam pasaran gaming global.

Menurut Reuters, penjualan ini selari dengan usaha ByteDance untuk menstruktur semula perniagaan dan memberi fokus kepada bidang teras seperti kecerdasan buatan (AI) dan platform kandungan digital. Sebelum ini, ByteDance memperoleh Moonton pada tahun 2021 pada anggaran nilai sekitar US$4 bilion.

Bagi Savvy Games, pemerolehan ini mengukuhkan lagi cita-cita Arab Saudi untuk menjadi pemain utama dalam industri gaming dan esukan global. Syarikat itu sebelum ini telah melabur secara agresif dalam pelbagai studio dan syarikat permainan antarabangsa.

Walaupun berlaku pertukaran pemilikan, laporan Reuters menyatakan bahawa pasukan pengurusan Moonton dijangka kekal, sekali gus memastikan operasi serta pembangunan MLBB terus berjalan seperti biasa.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Pemain Pokémon GO Sebenarnya Membantu Melatih AI
  • Selepas 6 Tahun, Fortnite Akhirnya Kembali Ke Google Play Store

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY