Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Swift Edge 14 AI Dilancar, Komputer Riba Ultra Ringan Berharga RM7,999

Acer Swift Edge 14 AI Dilancar, Komputer Riba Ultra Ringan Berharga RM7,999

Diterbitkan Julai 24, 2025 oleh ariff bukhari

Acer Malaysia telah melancarkan Acer Swift Edge 14 AI – komputer riba AI ultra-ringan yang berprestasi.

Hanya seberat 0.99kg, Swift Edge 14 AI ialah komputer riba yang direka untuk pengguna profesional, pelajar, dan pencipta kandungan.

Acer Swift Edge 14 AI (SFE14-51T-960E)

Walaupun ringan, ia menawarkan prestasi tinggi dengan jangka hayat bateri sehingga 21 jam serta berketahanan tinggi untuk aktiviti luar yang lasak dengan kerangka diperbuat daripada magnesium-aloi bertaraf tentera.

Paparannya pula menggunakan skrin OLED 14 inci 3K dengan teknologi Matte Pro Corning Gorilla Glass pertama di dunia yang mampu mengurangkan silau sehingga 95%, ideal untuk digunakan di tempat terang walau dibawah sinar matahari.

Acer Swift Edge 14 AI (SFE14-51T-960E)
Acer Swift Edge 14 AI (SFE14-51T-960E).

Dikuasakan oleh cip Intel Core Ultra 9 288H dengan GPU Intel Arc dan NPU berasaskan AI, ia membolehkan prestasi penjanaan kandungan, grafik, dan AI yang lebih efisien.

Swift Edge 14 AI turut dilengkapi port Thunderboltâ„¢ 4, USB-A, dan pelbagai sambungan lain untuk memudahkan aliran kerja pelbagai peranti.

Pelancaran & Promosi Khas

Acer Swift Edge 14 AI kini boleh didapati secara eksklusif di Kedai Konsep Acer seluruh negara pada harga RM7,999.

Bermula dari 23 Julai hingga 6 Ogos 2025, setiap pembelian melayakkan pelanggan menerima hadiah bernilai RM449, termasuk:

  • Tetikus Acer HyperScrolling bernilai RM249
  • Kredit eWallet Touch ‘n Go bernilai RM200
Swift Edge 14 AI_PR Banner (2)
AcerDay2025_PR Banner1280x1138px

 

Beli barisan produk Acer dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmugos
  • Lazada – https://invl.me/clmugox

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Vivobook S14/S16 Dengan Snapdragon, Tawar Bateri Sehingga 32 Jam
  • AppleCare One Diperkenal, Pelan Perlindungan Baru Untuk Semua Peranti Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
©2026 WISER.MY