Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ambil Gambar Gerhana Matahari Boleh Rosakkan Lensa Kamera

Ambil Gambar Gerhana Matahari Boleh Rosakkan Lensa Kamera

Diterbitkan September 7, 2017 ยท Dikemas kini September 7, 2017 oleh Helmi Samsuri

Jika terjadinya gerhana matahari sudah pasti perkara yang ingin kita lakukan adalah mengambil gambar fenomena tersebut.

Tapi tahukah anda bahawa mengambil gambar matahari tanpa menggunakan penapis khas mampu merosakkan lensa kamera?

Menurut syarikat sewa kamera di Amerika Syarikat, LensRental, sejumlah kamera dan lensa telah rosak akibat kecuaian pengguna dalam merakam foto gerhana matahari.

Melihat kepada imej dibawah, anda boleh menyaksikan lensa Panasonic 20mm f/1.7 “mencair” dan tidak boleh digunakan lagi. Selain itu, terdapat juga shutter dengan kesan terbakar akibat terkena pancaran gerhana matahari yang sangat panas.

Penapis solar sangat penting apabila pengguna mahu merakam fenomena gerhana matahari kerana sinaran matahari yang terlalu panas boleh merosakkan komponen penting kamera.

LensRental berharap kejadian sama tidak akan berulang pada gerhana akan datang yang dijangka terjadi pada 2024 nanti.

Ambil Gambar Gerhana Matahari Boleh Rosakkan Lensa Kamera
lensa Panasonic 20 mm F/1.7
Ambil Gambar Gerhana Matahari Boleh Rosakkan Lensa Kamera
Canon EF 600 mm F/4.0 L IS II mencair
Ambil Gambar Gerhana Matahari Boleh Rosakkan Lensa Kamera
Nikon D500
Ambil Gambar Gerhana Matahari Boleh Rosakkan Lensa Kamera
hutter Canon 7D Mark ii dengan kesan terbakar

Sumber: LensRental

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY