Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NASA Memperlihatkan Video Selang Masa 10 Tahun Matahari Yang Dirakam Kapal Angkasa SDO

Agensi Angkasa Malaysia Sahkan Kejadian Ribut Solar Kelas G2 Melanda Bumi

Diterbitkan Mac 19, 2022 · Dikemas kini Mac 21, 2022 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dalam satu kenyataan mengesahkan telah berlakunya ribut geomagnetik kelas G2 yang berkekuatan sederhana pada 13 Mac 2022, jam 20:51 waktu Malaysia.

Ribut geomagnetik itu berpunca daripada aktiviti Matahari sehingga menghasilkan beberapa siri hamburan jisim korona (CME) yang telah berlaku sejak 10 Mac 2022 lalu.
ribut solar
Kesan daripada daripada ribut geomagnetik G2 itu telah menyebabkan berlakunya fenomena aurora yang boleh disaksikan dengan mata kasar di beberapa negara berlatitud tinggi seperti Alaska, New Zealand dan Eropah.

Tetapi ia tidak dapat disaksikan di negara-negara yang berlatitud rendah seperti di Malaysia.

Namun begitu, ribut geomagnetik tersebut tidak memberi kesan yang ketara kepada sistem teknologi di Bumi terutamanya di negara-negara yang berlatitud rendah.

MYSA memaklumkan, pihak mereka giat menjalankan pemantauan terhadap perubahan aktiviti matahari melalui instrumentasi seperti Observatori Negara Langkawi (ONL) dengan menggunakan sistem teleskop optik, julat frekuensi radio 45 hingga 870 MHz melalui instrumentasi yang dinamakan Compound Astronomical Low frequency Low cost Instrument for Spectroscopy and Transportable Observatory (CALLISTO) di Kompleks Teknologi Angkasa (KTA), Banting serta magnetometer di bawah seliaan MYSA iaitu Magnetic Data Acquisition System (MAGDAS) di Ranau, Sabah.

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY