Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ciri ‘View Once’ Untuk WhatsApp Web Dan Desktop Akan Dihentikan Bermula November Ini

Bukan Lagi 8 Tapi Kini 32 Peserta Boleh Sertai Panggilan Video Grup WhatsApp

Diterbitkan November 3, 2022 · Dikemas kini November 3, 2022 oleh ariff bukhari

Mark Zuckerberg menerusi akaun rasmi Facebook nya hari ini mengumumkan penambah baikan pada ciri panggilan Video WhatsApp di mana kini ia boleh disertai sehingga 32 orang.

Sebelum ini WhatsApp menghadkan seramai 8 orang sahaja boleh menyertai panggilan video pada satu-satu masa.

whatsapp video call

Walaubagaimanapun, WhatsApp menyatakan hanya 8 peserta sahaja yang boleh aktif di dalam panggilan video itu pada satu-satu masa.

WhatsApp juga menjelaskan, anda boleh berada dalam panggilan video kumpulan dengan seseorang yang telah anda sekat.

{suggest}

Walau bagaimanapun, anda tidak boleh memasukkan kenalan yang telah anda sekat itu atau yang telah menyekat anda dalam panggilan tersebut.

Menjelaskan cara membuat panggilan grup, jika sembang kumpulan anda mempunyai 32 atau kurang peserta, anda hanya perlu ketik sahaja Panggilan video untuk sahkan keputusan anda.

WhatsApp Image 2022-11-03 at 16.43.23

Tetapi sekiranya terdapat lebih daripada 32 peserta, anda perlu ketik pada Panggilan kumpulan dan pilih sehingga 32 orang untuk menyertai panggilan video anda. Kemudian ketik Panggilan video.

Selain itu WhatsApp juga memaklumkan penawaran ciri Komuniti kepada semua penggunanya di seluruh dunia secara berperingkat  dalam tempoh beberapa bulan bermula hari ini.

Sumber: WhatsApp, WhatsApp Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY