Senarai Stesen MRT Yang Jual Kad Touch 'n Go

Touch 'n Go kini sedang menjual kad NFC mereka secara berperingkat di Lazada. Namun, jika anda tidak mementingkan ciri NFC dan terdesak mahu menggunakan kad TNG, boleh dapatkan kad TNG Rapid KL.

Senarai stesen MRT yang jual kad TNG:



  • Kwasa Damansara

  • Kampung Selamat

  • Sungai Buloh

  • Damansara Damai

  • Sri Damansara Barat

  • Sri Damansara Sentral

  • Sri Damansara Timur

  • Metro Prima

  • Kepong Baru

  • Jinjang

  • Sri Delima

  • Kampung Batu


Untuk makluman, kad TNG RapidKL yang dijual di stesen-stesen MRT ini tidak mempunyai ciri NFC yang boleh disambungkan dengan telef0n. Ia merupakan edisi kerjasama Touch 'n Go dan myrapid.

{suggest}

Bercakap tentang kad NFC, kami pernah mendedahkan jadual ia dijual di eWallet namun apabila Touch 'n Go hendak melancarkan kedai rasmi mereka di Lazada, mereka sudah tidak menjualnya di aplikasi itu.



 






Selepas mendapatkan kad TNG, jangan lupa untuk daftarkannya di portal Touch 'n Go supaya boleh menuntut refund jika kad hilang. Tekan SINI untuk langkah-langkah terperinci.

Klik SINI untuk beli kad TNG NFC melalui Lazada. Namun, ia dilepaskan secara berperingkat seperti setiap jam/minit.

{suggest}

Sebelum beli kad TNG NFC, semak dulu cara jika telefon anda memyokong ciri NFC. Ikuti langkah INI.

Untuk ketahui stesen minyak mana yang jual kad TNG NFC, tekan SINI.

Sumber: Touch n' Go