Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Internet Kini Boleh Menjana Pendapatan Melalui Pelayar Brave

Brave Tambah Perlindungan Baharu Untuk Cegah ‘GPU Fingerprinting’

Diterbitkan Ogos 17, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 17, 2026 oleh Amsyar Latif

Brave memperkenalkan perlindungan baharu terhadap GPU fingerprinting, teknik yang boleh digunakan laman web dan penjejak untuk mengenal pasti pengguna berdasarkan maklumat kad grafik serta pemacu grafik pada peranti mereka.

Perlindungan tersebut mula diperkenalkan menerusi Brave versi 1.93 dan diaktifkan secara lalai pada pelayar Brave untuk desktop dan Android. Pelancarannya dibuat secara berperingkat kepada pengguna.

Menurut Brave, teknologi WebGL dan WebGPU membolehkan laman web menggunakan kuasa perkakasan grafik untuk menghasilkan kandungan visual. Bagaimanapun, kedua-dua API itu juga boleh mendedahkan maklumat terperinci mengenai peranti pengguna.

Antaranya termasuk pengeluar dan model GPU, pemacu grafik serta ciri perkakasan yang disokong. Maklumat tersebut boleh digabungkan dengan data lain untuk menghasilkan browser fingerprint yang digunakan bagi mengenal pasti dan menjejak seseorang tanpa bergantung kepada kuki.

Sebagai contoh, Brave mendapati WebGL boleh mendedahkan maklumat GPU yang sangat khusus pada sesebuah komputer. Syarikat itu turut menjalankan ujian kecil terhadap laman web popular dan mendapati kebanyakan penggunaan API grafik yang diperhatikannya digunakan khusus untuk browser fingerprinting.

Bagi mengurangkan risiko tersebut, Brave kini menggantikan maklumat vendor dan renderer WebGL dengan nilai generik yang sama untuk semua pengguna Brave.

Maklumat adapter tertentu daripada WebGPU pula dikosongkan, sementara senarai extension WebGL dirawakkan supaya sistem fingerprinting menerima nilai berbeza mengikut sesi dan laman web.

Brave berkata pendekatan ini direka untuk menyukarkan penjejak mendapatkan pengecam pengguna yang konsisten tanpa menjejaskan fungsi grafik pada laman web.

Sekiranya perlindungan tersebut menyebabkan masalah pada laman tertentu, pengguna masih boleh mematikannya secara individu, mematikan perlindungan fingerprinting atau menyahaktifkan Brave Shields.

Brave turut merancang memperluaskan perlindungan berkenaan pada masa akan datang, termasuk mengubah secara rawak terhadap extension yang disokong WebGPU.

Berkaitan

  • Safari Makin Merosot, Pengguna Mahir Lebih Sukakan Brave
  • Ciri Adblock Pelayar Brave Kini 45MB Lebih Jimat Memori Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY