Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ByteDance Rancang Labur RM10 Bilion, Jadikan Malaysia Hab AI – Menteri

Bot Sembang AI ByteDance Jadi Yang Pertama Perkenal Langganan Berbayar Di China

Diterbitkan Jun 25, 2026 oleh ariff bukhari

Gergasi teknologi China dan pencipta TikTok, ByteDance, telah memperkenalkan sistem langganan berbayar untuk bot sembang (chatbot) AI paling popular di negara itu pada Rabu, dalam usahanya untuk menjana keuntungan daripada pangkalan penggunanya yang sangat besar.

Doubao kini telah berkembang dan merekodkan lebih daripada 300 juta pengguna aktif bulanan sejak diluncurkan pada tahun 2023.

Langkah ini menjadikannya bot sembang AI domestik utama yang pertama memperkenalkan perkhidmatan langganan berbayar, manakala pesaing lain termasuk DeepSeek, Qwen milik Alibaba, dan Yuanbao milik Tencent semuanya kekal percuma.

“Versi profesional Doubao akan menawarkan kuota penggunaan yang lebih tinggi,” kata ByteDance dalam satu hantaran di media sosial ketika mengumumkan perkhidmatan langganan tersebut.

Pengguna berbayar aplikasi itu bakal mendapat akses untuk menjalankan tugas-tugas praktikal harian termasuk menguruskan fail tempatan, membangunkan laman web, dan menghasilkan slaid PowerPoint secara terus di dalam aplikasi.

Bagi pengguna versi percuma, mereka masih boleh menggunakan fungsi carian asas, namun akan menghadapi had tertentu bagi fungsi penjanaan video dan imej.

Langkah ini mencerminkan “keperluan ByteDance untuk mengimbangi antara kos dan skala operasi,” kata Li Chengdong, pengasas firma perunding teknologi Dolphin yang berpangkalan di Beijing, kepada AFP.

“Purata penggunaan token harian Doubao telah meningkat lebih seribu kali ganda berbanding semasa ia mula dilancarkan, dan kos kuasa pengoperasian komputer (computing power) meningkat secara mendadak seiring dengan skala bilangan pengguna,” katanya.

Menurut para penganalisis, walaupun sistem langganan berbayar sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan bot sembang AI Barat yang terkemuka seperti ChatGPT milik OpenAI, Claude milik Anthropic, dan Gemini milik Google, pasaran China setakat ini masih didominasi oleh model percuma akibat persaingan domestik yang sengit.

“Persaingan dalam kalangan pemain AI domestik sangat sengit dan pengguna masih belum terbiasa untuk membayar bagi mendapatkan perkhidmatan,” kata Zhang Yi, pengasas firma penyelidikan iiMedia, kepada AFP.

“Semua pihak kini sedang fokus untuk mendapatkan lebih ramai pengguna, jadi proses penjanaan keuntungan bagi produk AI di sini adalah jauh lebih perlahan berbanding di pasaran luar negara.”

Peluncuran pelan langganan berbayar ini dibuat ketika ByteDance menyasarkan untuk meluaskan jejaknya dalam dunia kecerdasan buatan dengan membuat pelaburan besar-besaran dalam industri berkenaan.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah menumpukan usaha untuk mengecilkan skop perniagaan kami dan memberikan fokus sepenuhnya kepada usaha niaga AI kami,” kata CEO ByteDance, Liang Rubo, menerusi satu video di sebuah perhimpunan teknologi pada Selasa.

– AFP

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • ByteDance Atasi OpenAI Sebagai Syarikat AI Paling Berpengaruh 2026
  • 9 Fakta Disebalik Siri Permainan Video Paling Kontroversi Dalam Sejarah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY