Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
photo_2026-08-18 14.55.36

Boost Lancar Boost SME, Himpunkan Perbankan, Pembayaran Dan Pembiayaan Dalam Satu Platform

Diterbitkan Ogos 18, 2026 oleh Amsyar Latif

Boost melancarkan Boost SME, platform perbankan perniagaan digital baharu yang menghimpunkan perkhidmatan perbankan, pembayaran dan pembiayaan dalam satu ekosistem untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Platform tersebut menawarkan proses pendaftaran digital sepenuhnya yang membolehkan akaun perniagaan dibuka seawal lima minit, selain boleh diakses menerusi aplikasi web dan mudah alih.

Melalui Boost SME, peniaga boleh menerima pembayaran menerusi DuitNow QR, pembayaran dalam talian dan kad di premis.

Penyelesaian transaksi DuitNow QR turut dilakukan pada hari yang sama, termasuk pada hujung minggu dan cuti umum.

Boost SME menawarkan dua pilihan utama. Boost Grow membolehkan perniagaan menikmati pulangan harian pada kadar 3.0% setahun ke atas baki akaun tanpa tempoh terkunci atau syarat baki minimum.

WhatsApp Image 2026-08-18 at 13.20.05

Sementara itu, Boost Flow menawarkan rebat 0.1% bagi jualan bulanan sehingga RM2,000 serta akses kepada Merchant Cash Advance dengan had kredit bermula RM10,000 bagi peniaga yang memenuhi syarat transaksi.

PKS turut boleh memohon Biz Loan Boost Bank sehingga RM300,000, dengan kelulusan dikatakan boleh diperoleh seawal 10 minit dan dana disalurkan dalam tempoh secepat 24 jam selepas pembiayaan diterima.

Selain perkhidmatan kewangan, peniaga yang layak turut ditawarkan langganan dan latihan AWS e-Invoicing secara percuma serta peranti Soundbox Lite, tertakluk kepada ketersediaan stok.

Boost SME kini boleh diakses menerusi laman webnya serta aplikasi di Apple App Store dan Google Play Store.

Berkaitan

  • Boost Bank Perkenal Pembiayaan Motosikal Digital Pertama Di Malaysia
  • Boost Tambah Baik Boba AI, Perluas Keupayaan Agentic AI Dalam Urusan Perbankan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY