Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Bocoran Imej Nokia 7+ Memperlihatkan Rekaan Bingkai Nipis

Posted on Februari 20, 2018

Nokia 8 rasmi memasuki pasaran Indonesia menerusi acara pelancaran yang berlangsung minggu lalu.

Sekitar majlis itu, terlihat satu lagi model yang didakwa sebagai Nokia 7+. Menurut detik.com, peranti berkenaan digunakan oleh pekerja HMD Global ketika upacara perasmian Nokia 8 sedang diadakan.

Apa yang boleh diperhatikan adalah model pengganti kepada Nokia 7 ini membawakan rekaan skrin dengan nisbah 18:9 serta paparan beresolusi 1080 x 2160.

Dari segi spesifikasi dalaman, model ini dikhabarkan akan dilengkapi dengan Snapdragon 660 digandingkan bersama dengan RAM 4GB.

Tetapan dwi kamera kelihatan menghiasi bahagian panel belakang dan dipercayai ia adalah gabungan lensa 12MP dan 13MP.

Sumber: Vtechgraphy via GSM Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress