'Keeping Up With the Kardashians' Tamat Selepas 20 Musim

Selepas 20 musim, "Keeping Up With the Kardashians" (KUWTK) akhirnya melabuhkan tirai dengan musim terakhir yang bakal bersiaran pada awal 2021. Keputusan untuk menamatkan siri itu dilakukan oleh keluarga Kardashian-Jenner sendiri dan diumumkan hari ini.

https://www.instagram.com/p/CE5AwirA4Cx/?utm_source=ig_embed
"It is with heavy hearts that we say goodbye to ‘Keeping Up with the Kardashians,'" kata keluarga terkenal itu dalam satu kenyataan bersama.

Persetujuan rasmi ini juga telah ditandatangani oleh Kris Jenner, Kourtney Kardashian, Kim Kardashian West, Khloé Kardashian, Rob Kardashian, Kendall Jenner, Kylie Jenner dan Scott Disick. Mereka mengucapkan terima kasih kepada E!, pasukan produksi di Bunim/Murray dan Ryan Seacrest, yang telah menjadi penerbit eksekutif rancangan itu sejak awal.

E! mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai berakhirnya siri yang membantu menentukan syarikat penyiaran itu sebagai platform berita hiburan yang luas. Selama bertahun-tahun, dengan "KUWTK" sebagai siri utama tanpa skrip mereka, E! berubah menjadi penyiar program realiti, dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, siri ini juga bertukar menjadi kandungan berskrip.

keeping up with the kardashians

"KUWTK" telah menjadi hit di seluruh dunia, yang juga berjaya peroleh kutipan yang besar. Pada tahun 2017, E! menandatangani perjanjian bernilai sembilan angka, dengan keluarga tersebut untuk lanjutan tiga tahun, iaitu hingga 2020. Dipercayai perjanjian pembaharuan itu bernilai tidak kurang dari US$100 juta (~RM417 juta).

Siri ini mula disiarkan pada tahun 2007, dan menjadikan keluarga Kardashian-Jenner bintang antarabangsa dengan sebuah empayar yang lengkap dengan rangkaian pakaian, syarikat kosmetik, dan beberapa aplikasi sendiri.

Nantikan musim baru yang bakal bersiaran pada 17 September dan musim akhir pada awal 2021.