'BLACKPINK: Light Up the Sky' Akan Hadir Di Netflix Pada 14 Oktober

Netflix baru sahaja mengumumkan tayangan perdana dokumentari baru mengenai bintang K-pop, BLACKPINK: Light Up the Sky pada 14 Oktober nanti.

Diumumkan di Twitter rasmi Netflix, syarikat striman itu menyatakan siri itu boleh ditonton oleh semua di seluruh dunia. Setelah pelancarannya nanti, gambar-gambar ahli kumpulan - Lisa, Rosé, Jisoo dan Jennie - juga akan tersedia sebagai ikon profil di Netflix.

https://twitter.com/netflix/status/1303483259121139712

Dokumentari BLACKPINK: Light Up the Sky akan disiarkan dua minggu selepas pelancaran album debut mereka yang sangat dinanti-nantikan.

Setakat ini, dua lagu dari album tersebut telahpun dilancarkan, iaitu 'How You Like That' dan 'Ice Cream' yang menampilkan Selena Gomez, hasil tulisan bersama oleh Ariana Grande dan Victoria Monet. Dokumentari ini nanti akan memaparkan kebangkitan kumpulan ini, yang telah muncul di carta Billboard Hot 100 dengan lagu Ice Cream.

Diarahkan oleh Caroline Suh, pengarah siri Salt Fat Acid Heat, dan diterbitkan oleh RadicalMedia, filem ini menampilkan wawancara eksklusif dengan setiap ahli dan juga rakaman yang tidak pernah dilihat sebelumnya.



Penonton akan dapat melihat sesi rakaman kumpulan BLACKPINK, susah senang menjadi idola K-pop, dan akhirnya persembahan mereka di Coachella pada tahun 2019.

Menurut BLACKPINK, mereka tidak sabar untuk berkongsi kehidupan mereka dengan peminat mereka melalui Netflix. Mereka juga berharap ia dapat membawa kegembiraan dengan menikmati perjalanan mereka dalam dunia seni sejak empat tahun yang lalu.

Sumber: Siaran Akhbar Netflix & Decider

Baca lagi: ‘Keeping Up With the Kardashians’ Tamat Selepas 20 Musim