Black Shark Akan Mengeluarkan Telefon Pintar 'Gaming' 5G Pertama Di Dunia Tahun Ini

Akan diperkenalkan dalam suku pertama tahun ini.


Black Shark dengan kerjasama Nreal akan mempertontonkan demostrasi permainan dengan realiti pelbagai (mix reality) pertama di dunia menerusi platfom telefon pintar.

Demostrasi tersebut akan dipertontonkan di pameran pengguna elektronik CES 2020 di mana Black Shark pertama kali menyertainya.

Bersama Nreal, mereka akan pertontonkan keupayaan ekosistem permainan Black Shark menerusi permainan mix reality seperti “Kingdom of Blades”, “Zombie Bomber AR", dan “Corner Fight” di atas peranti Black Shark 2 Pro yang disambungkan pada Nreal Light.

Following our success in last year, we continue to create Black Shark’s gaming ecosystem based on hardware, software and services, to provide the best gaming experience to global gamers. Black Shark is happy to partner with Nreal at CES 2020 as our Black Shark 2 Pro and Nreal Light mark the future of a new generation of gaming together, and we’re excited to be collaborating on to achieve more in the future”. Yang SUN, Presiden Pemasaran Black Shark Global.

Selain itu, Black Shark juga akan perlihatkan 4 cara berbeza secara terperinci bagi memainkan permainan menerusi platfom telefon pintar bersama aksesori permainan Black Shark.

4 Cara itu adalah Left-side console mode, Double-side console mode, Cooling wafer console mode dan Host mode.

Kapsyen: Menerusi 4 mod ini yang digabungkan dengan aksesori permainan Black Shark, ia akan memberikan pengalaman baru kepada para pemain tegar permainan telefon pintar.


Malah Black Shark juga menyatakan bahawa pada tahun ini, mereka bercita-cita untuk menjadi pengeluar telefon pintar 'gaming' yang menyokong rangkaian 5G pertama di dunia tahun ini dengan mensasarkan flagship mereka akan diperkenalkan pada suku kedua 2020.