Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Black Shark 4

Black Shark 4 Peroleh Skor Tertinggi Dengan Lebih 780,000 Di AnTuTu

Diterbitkan Januari 14, 2021 oleh Amalina Athman

Sebelum ini, Black Shark telah memuat naik poster yang memperlihatkan maklumat mengenai telefon gaming Black Shark akan datang. Menerusinya, ia mengesahkan Black Shark 4 akan hadir tidak lama lagi.

CEO syarikat itu turut mengesahkan telefon gaming ini akan dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh serta sokongan pengecasan pantas 120W, yang boleh mengecas penuh dalam tempoh kurang 15 minit.

Terbaru, CEO Black Shark menerusi Weibo telah berkongsi skor AnTuTu telefon gaming itu dengan memperoleh skor tertinggi iaitu 788,505 mata. Sekali gus, ia mengatasi skor yang diperoleh OPPO Find X3 sebelum ini dengan 771,491 mata.

skor antutu black shark 4

Memandangkan Black Shark telah mula mengacah kehadiran peranti ini, sudah tentu pelancaran Black Shark 4 akan diumumkan tidak lama lagi.

Dalam pada itu, dijangka lebih banyak peranti dengan janaan cip Snapdragon 888 akan diumumkan tidak lama lagi.

Sumber: Weibo via GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY