Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CEO Sahkan Black Shark 4 Akan Hadir Dengan Pengecasan 120W Dan Bateri 4,500mAh

CEO Sahkan Black Shark 4 Akan Hadir Dengan Pengecasan 120W Dan Bateri 4,500mAh

Diterbitkan Januari 11, 2021 ยท Dikemas kini Januari 11, 2021 oleh Amalina Athman

Black Shark pada tahun lalu telah mengumumkan siri Black Shark 3 iaitu Black Shark 3, Black Shark 3 Pro dan Black Shark 3S. Ia hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon 865. Terbaru, CEO syarikat itu kini telah memuat naik poster yang memperlihatkan maklumat mengenai peranti Black Shark akan datang.

Black Shark 4

Menerusinya, ia mengesahkan Black Shark 4 akan hadir tidak lama lagi. CEO syarikat itu turut mengesahkan peranti ini akan dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh serta sokongan pengecasan pantas 120W. Ia dikatakan mampu mengisi penuh peranti dalam tempoh kurang daripada 15 minit.

Antara lainnya, ia mungkin dilancarkan dengan sekurang-kurangnya dua model yang dijana cip pemproses Snapdragon 888.

Pada masa ini, spesifikasi lain dari Black Shark 4 masih belum didedahkan. Dijangka lebih banyak maklumat mengenainya akan diumumkan menjelang pelancaran nanti.

Sumber: Weibo via GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY