Seperti yang sedia tahu, model Black Shark sentiasa dikenali sebagai model yang terbaik dan model akan datang juga masih mengekalkannya. Berdasarkan satu kiriman, skor penanda aras AnTuTu bagi Black Shark 3 Pro telah dikongsikan.
Satu tangkap layar bagi jumlah skor telefon pintar gaming telah dikongsikan oleh CEO Black Shark di laman web Weibo. Peranti ini dikenalpasti sebagai blackshark SHARK MBU-A0 dan menerusi kemunculan di GeekBench, ia adalah Black Shark 3 Pro.
Peranti tersebut memperoleh skor 620,952 yang merupakan skor tertinggi pernah direkodkan penanda aras AnTuTu setakat ini. Terdahulu, iQOO 3 pernah merekodkan 597,583 markah dan ASUS ROG Phone 2 dengan skor 507,051.
Walaupun iQOO 3 dan siri Black Shark 3 menjalankan cip pemprosesan yang sama seperti peranti flagship Xiaomi Mi 10, clockspeed adalah jauh lebih baik berbanding Mi 10.
Black Shark 3 dan 3 Pro akan dilancarkan secara dalam talian pada 3 Mac ini. Ini bermakna, maklumat lanjut mengenai peranti yang dikuasakan cip Snapdragon 865 akan diketahui tidak lama lagi.
Sumber: GizmoChina
Berkaitan
- Ura-Ura: Samsung Galaxy S23 Mungkin Dilancar Lebih Awal
- Xiaomi Malaysia Umum Redmi 13C - 6GB RAM, Harga RM499
- Perbandingan Bonggol Kamera iPhone 14 Pro Max Dan iPhone 13 Pro Max Diperlihatkan
- MCMC: Akses WiFi Percuma Dengan Kelajuan 35Mbps Bakal Dinikmati Menjelang Oktober 2021
- Gurman: Pelancaran Model MacBook Pro Baharu Dijangka Pada Awal 2023
- Spesifikasi realme C17 Didedahkan- Paparan 90Hz, 13MP Kuad Kamera Dan Bateri 5,000mAh
- realme C53 Kini Hadir Dengan Varian 256GB, Berharga RM699
- Pemberian RM50 Untuk e-Dompet Dijangka Akan Mula Diagihkan Pada 31 Julai Ini
- Samsung Perkenal Galaxy A54 Dan A34 Dengan Ketahanan Bateri Lebih Dua Hari
- Selangor Sedia Peruntukan Sebanyak RM369 Juta Bagi Agenda Digitalisasi