Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
VSAT MCMC

MCMC: Akses WiFi Percuma Dengan Kelajuan 35Mbps Bakal Dinikmati Menjelang Oktober 2021

Diterbitkan Mac 15, 2021 ยท Dikemas kini Mac 15, 2021 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini telah mengeluarkan pelawaan untuk kerja-kerja pemasangan dan penyediaan perkhidmatan capaian jalur lebar melalui satelit di 839 lokasi seluruh negara yang melibatkan negeri Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Lokasi-lokasi berkenaan adalah terdiri daripada kawasan penempatan Orang Asli di Semenanjung Malaysia serta kawasan-kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak. Untuk Semenanjung Malaysia, terdapat 178 lokasi yang disasarkan, manakala Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai sebanyak 138 lokasi dan 523 lokasi.

Sementara itu, perkhidmatan jalur lebar mudah alih dan selular awam ini dijangka akan siap dilaksanakan menjelang Oktober 2021.

Penduduk di setiap lokasi turut dijangka akan berpeluang menikmati perkhidmatan WiFi percuma pada purata kelajuan 35Mbps, di mana ia juga merupakan inisiatif di bawah JENDELA untuk memperluaskan liputan ke seluruh negara.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY