Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ura-Ura: Samsung Galaxy S23 Mungkin Dilancar Lebih Awal

Ura-Ura: Samsung Galaxy S23 Mungkin Dilancar Lebih Awal

Diterbitkan November 4, 2022 oleh Amalina Athman

Samsung mungkin melancarkan Galaxy S23 sedikit lebih awal berbanding pelancaran siri Galaxy S22 pada tahun ini. Menurut khabar angin terbaru, gergasi teknologi Korea Selatan itu dikatakan akan mengumumkan siri peranti andalan berkenaan pada minggu pertama Februari 2023.

Dikhabarkan, Samsung mempunyai kelebihan jika meneruskan pelancaran sedikit lebih awal berbanding pesaing syarikat itu. Jika pelancaran diawalkan, maka lebih cepat ia dapat ditunjukkan dalam laporan kewangan suku pertama Samsung.

Berkaitan

  • Samsung Galaxy S23 Sah Dijana Snapdragon, Exynos Mungkin Tiada Lagi
  • Samsung Galaxy S23 Ultra Mungkin Guna Sensor Kamera 200MP
  • Gambar Bateri Galaxy S23 Ultra Tertiris, Rekaan Juga Diramal Sama Dengan S22 Ultra

Untuk rekod, Galaxy S22 diumumkan pada 9 Februari dan mula dijual pada 25 Februari. Jika benar Samsung akan mengadakan pelancaran Galaxy S23 lebih awal pada tahun hadapan, ia mungkin akan mula dijual sekitar 17 Februari, iaitu seminggu lebih awal berbanding jualan Galaxy S22.

Menyentuh rekaan peranti, ketiga-tiga model Galaxy S23 mungkin hampir tidak berubah daripada generasi sebelumnya, dengan sedikit pengubahsuaian pada kerangka dan bonggol kamera. Sudah pasti, majoriti perubahan akan tertumpu pada bahagian dalam.

Buat pertama kali dalam beberapa tahun, Samsung dijangka tidak lagi menawarkan model Galaxy S23 dengan cip Exynos berikutan perjanjian terbaharunya dengan Qualcomm, yang menyatakan penggunaan eksklusif cip pemproses Snapdragon, yang berkemungkinan adalah cip Snapdragon 8 Gen 2.

Seperti biasa, Samsung dijangka akan mula menghantar jemputan bagi acara Galaxy Unpacked seminggu sebelum acara berlangsung. Sehingga itu, nantikan lebih banyak maklumat mengenainya dari semasa ke semasa.

Gambar Utama: OnLeaks

Sumber: WCCF Tech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY