Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Black Shark 3 Mungkin Hadir Dengan Bateri 5000mAh Dan Pengecasan Pantas 65W

Black Shark 3 Mungkin Hadir Dengan Bateri 5000mAh Dan Pengecasan Pantas 65W

Diterbitkan Februari 24, 2020 oleh Amalina Athman

Pelancaran model terkini Black Shark mungkin akan tiba tidak lama lagi. Pada masa ini, maklumat terperinci mengenai peranti ini masih belum diketahui tetapi butiran mengenai bateri telah didedahkan.

Menurut Luo Shao yang merupakan CEO Black Shark, syarikat tersebut sedang berusaha untuk seimbangkan kapasiti bateri dan kuasa pengecasan bagi peranti tersebut. Dalam kata lain, proses yang teliti sedang dilakukan untuk memastikan kadar pengecasan adalah baik.

Memandangkan Black Shark 3 akan menyokong rangkaian 5G, tekanan pada bateri adalah ketara. Oleh itu, syarikat itu merancang untuk meningkatkan kapasiti bateri dan kadar pengecasan serta kitaran hayat yang lebih baik bagi peranti tersebut.

Black Shark 3

Selain itu, eksekutif kanan syarikat tersebut turut memulakan pengundian mengenai kombinasi kadar penyegaran, kapasiti bateri dan kitaran hayat yang lebih disukai pengguna dalam peranti gaming. Beliau menawarkan empat pilihan kombinasi yang berbeza.

Sebuah syarikat biasanya tidak akan menawarkan pilihan dengan spesifikasi yang lebih besar daripada apa yang akan ditawarkan. Jadi, Black Shark 3 mungkin akan menawarkan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W. Tambahan pula, laporan yang tertiris telah mendedahkan bahawa peranti gaming ini akan menyokong dwi-mod SA dan NSA 5G. Bagi paparan skrin, ia dijangka akan didatangkan dengan resolusi 2K dan kadar penyegaran 120Hz.

Bagi pelancaran Black Shark 3, disebabkan penularan wabak Covid-19 yang berterusan, peranti ini akan dilancarkan melalui acara dalam talian. Namun, tarikh pelancaran peranti ini masih belum diketahui.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY