Black Shark 2 Akhirnya Diperkenalkan, Hadir Dengan Snapdragon 855 & Memori Sehingga 12GB RAM

Black Shark 2 sememangnya ditunggu oleh penggemar permainan video mudah alih memandangkan jenama berkenaan ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik berbanding para pesaingnya sebelum ini.

Peranti tersebut telah dilancarkan di pasaran China semalam dan seperti dijangka, ia hadir dengan spesifikasi yang menarik. Antaranya sudah pastilah penggunaan cip terbaru, Snapdragon 855.

Kapsyen: Pocket-lint


Selain itu, Black Shark 2 ini turut disokong oleh memori 6GB RAM sehingga 12GB RAM serta pilihan simpanan dalaman 128GB atau 256GB. Ia dikuasakan bateri berkapasiti 4000mAh yang menyokong fungsi pengecasan pantas 27W.

Di bahagian hadapannya pula, peranti ini menggunakan skrin AMOLED 6.39-inci dari Samsung. Seperti kebanyakan peranti menfokuskan permainan mudah alih lain, Black Shark 2 turut mempunyai sistem penyejukan cecairnya tersendiri.

Malah, ia juga hadir dengan pelbagai sokongan lain. Antaranya, kamera utama dwi-lensa 48MP + 12MP serta kamera swafoto 20MP dan sistem Shark Space seperti keluaran terdahulu.

Kapsyen: Android Central


Black Shark 2 ini dipasarkan pada tanda harga CNY3,200(~RM1,942) bagi model asas 6GB/128GB dan CNY4,200(~RM2,550) bagi model paling premium 12GB/256GB.
Kemaskini: Menurut laman Lowyat, Black Shark 2 akan dilancarkan di Malaysia pada April ini. Namun, variasi mana yang akan dibawa masuk masih lagi belum diketahui. Harga peranti juga dijangka hanya akan diumumkan semasa pelancarannya kelak.

 

Sumber: Android Central