Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bing ai openai

Bing Dan Edge Akan Dilengkapi AI Untuk Carian Lebih Tepat, Lebih Maju Daripada ChatGPT

Diterbitkan Februari 8, 2023 · Dikemas kini Februari 8, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Microsoft akan mengintegrasikan AI dengan enjin carian buatan mereka iaitu Bing. Ini selepas gergasi itu mengesahkan pelaburan dalam ChatGPT pada 23 Januari lalu.

We’re excited to announce the new Bing is running on a new, next-generation OpenAI large language model that is more powerful than ChatGPT and customized specifically for search.

Ia menggunakan model buatan OpenAI generasi baharu yang lebih berkuasa daripada ChatGPT yang semakin banyak dicakap-dicakapkan dewasa ini.

Bing Dan Edge Akan Dilengkapi AI Untuk Carian Lebih Tepat, Lebih Maju Daripada ChatGPT

Buat masa ini, ia belum sepenuhnya disepadukan. Anda hanya dapat mencuba beberapa ciri dan ia pun masih terbatas kerana anda hanya boleh pilih sampel soalan saja untuk melihat bagaimana ia berfungsi.

Seperti ChatGPT juga, AI ini mampu mencipta kandungan untuk anda seperti mengarang e-mel, mencipta kuiz.

bing ai openai

Bukan hanya Bing, malah Edge juga akan dilengkapinya.

Pengguna boleh membuat kandungan untuk dimuat baik ke LinkedIn, membantu dengan nada karanfan, format, kepanjangan dan macam-macam lagi selain integrasi dengan Edge Sidebar.

Bing Dan Edge Akan Dilengkapi AI Untuk Carian Lebih Tepat, Lebih Maju Daripada ChatGPT

Kata Microsoft, gabungan ini dapat memberikan keputusan carian yang lebih kena dengan apa yang betul-betul dicari pengguna.

Melaluinya, AI akan menyemak kandungan daripada internet lalu meringkaskannya dan tunjukkan pada pengguna.

bing ai

Berkaitan

  • Google Hanya Akan Bertahan 2 Tahun Saja Lagi Kerana ChatGPT
  • OpenAI Perkenal ChatGPT Plus, Harga Langganan Bawah RM100
  • Google Perkenal Bard, Bakal Bersaing Dengan ChatGPT
  • ChatGPT: 21 Pekerjaan Paling Berisiko Digantikan Dengan Kecerdasan Buatan (AI)

Contohnya, anda masukkan bahan masakan yang anda ada untuk masa lalu Bing akan memberikan idea resipi berdasarkannya.

Selain carian, AI ini juga mampu melayan ‘chat’ pengguna dengan perbualan interaktif. Kalau ChatGPT pun anda rasa sudah maju, bayangkan generasi baharu.

Sumber: Siaran Akhbar Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY