Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta didenda

Meta Dan TikTok Laporkan Malaysia Minta Buang Lebih Banyak Kandungan Pada Tahun 2023

Diterbitkan Disember 15, 2023 · Dikemas kini Disember 15, 2023 oleh ariff bukhari

Pemilik Facebook Meta (META.O) dan TikTok melaporkan telah mengehadkan jumlah rekod siaran dan akaun media sosial di Malaysia dalam tempoh enam bulan pertama 2023.

Sekaligus menunjukkan lonjakan permintaan Kerajaan untuk mengalih keluar kandungan dari platform tersebut.

Pentadbiran Kerajaan telah berdepan tuduhan memungkiri janjinya untuk melindungi kebebasan bersuara di tengah-tengah peningkatan penelitian terhadap kandungan dalam talian sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Kerajaan telah menafikan dakwaan menyekat perbezaan pendapat dalam talian sebaliknya menegaskan untuk mengelak unsur provokatif yang menyentuh kaum, agama dan institusi raja.

Antara Januari dan Jun tahun ini, Meta telah mengehadkan kira-kira 3,100 halaman dan siaran di platform Facebook dan Instagramnya daripada dilihat oleh pengguna di Malaysia kerana mereka dilaporkan didakwa melanggar undang-undang tempatan, menurut data yang diterbitkan dalam Laporan Ketelusan firma itu bulan ini.

Screenshot 2023-12-15 at 4.08.53 PM

Angka itu adalah 6 kali lebih tinggi berbanding tempoh setengah tahun sebelumnya dan tertinggi sejak syarikat itu mula melaporkan sekatan kandungan di Malaysia pada 2017.

Meta berkata antara Julai 2022 dan Jun 2023, ia mengehadkan akses kepada lebih 3,500 item sebagai tindak balas kepada laporan oleh pengawal selia komunikasi Malaysia dan agensi kerajaan lain.

Kandungan itu termasuk kritikan terhadap kerajaan dan siaran yang didakwa melanggar undang-undang mengenai perjudian haram, ucapan kebencian, kandungan yang memecahbelahkan kaum atau agama, buli dan penipuan kewangan, kata laporan Meta.

Screenshot 2023-12-15 at 4.12.15 PM

TikTok, dalam laporan serupa yang dikeluarkan bulan lepas berkata, mereka telah menerima sejumlah 340 permintaan daripada kerajaan Malaysia untuk mengalih keluar atau menyekat kandungan antara Januari dan Jun 2023, yang menjejaskan 890 siaran dan akaun.

Ia sekaligus menunjukkan Malaysia membuat lebih banyak permintaan untuk menyekat kandungan di TikTok berbanding kerajaan lain di Asia Tenggara.

Berkaitan

  • Spesifikasi Padu, Harga Murah, Ini Telefon ‘Midrange’ Yang Anda Patut Beli
  • YouTube Akan Kurangkan Iklan Di TV, Tapi Ada Gantinya
  • GTA Trilogy Sudah Tersedia Di Netflix, Muat Turun Sekarang

Sumber: Reuters, Meta, TikTok

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY