Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
42293470_10160800850350371_3228705157545984000_n (1)

Beri Bank Kuasa Percuma, Huawei “Bantu” Bakal Pemilik iPhone Menyelesaikan Masalah Bateri Cepat Habis

Diterbitkan September 21, 2018 ยท Dikemas kini September 22, 2018 oleh Haikel Areff

Hari ini, iPhone XS dan XS Max mula dijual secara rasmi di Apple Store rasmi di beberapa buah negara, termasuk jiran kita, Singapura. Seperti dijangka, orang ramai terutamanya dari serata Asia Tenggara membanjiri perkarangan kedai di Orchard Road itu sejak semalam lagi.

Bercakap mengenainya, Huawei telah melakukan sesuatu di luar jangkaan apabila “menghadiahkan” bank kuasa kepada mereka yang beratur di sana secara percuma. Ia dibuat bagi membantu bakal pemilik iPhone baru tersebut menyelesaikan masalah bateri peranti yang cepat habis.

Beri Bank Kuasa Percuma, Huawei “Bantu” Bakal Pemilik iPhone Menyelesaikan Masalah Bateri Cepat Habis

Menggunakan slogan “Anda akan perlukannya” pada kotak bank kuasa berkenaan, seramai 200 orang bertuah berjaya mendapatkannya sebelum Huawei kehabisan stok. Perkara ini merupakan satu lagi usikan manja Huawei kepada Apple selepas turut melakukannya pada hari iPhone 2018 diperkenalkan secara rasmi baru-baru ini.

Beri Bank Kuasa Percuma, Huawei “Bantu” Bakal Pemilik iPhone Menyelesaikan Masalah Bateri Cepat Habis

Menurut imej yang dikirimkan di laman Facebook HardwareZone.com, bank kuasa yang diberikan adalah berkapasiti 10,000mAh dan menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge. Bank kuasa yang sama didagangkan pada harga RM 256 di laman Huawei Malaysia.

Beri Bank Kuasa Percuma, Huawei “Bantu” Bakal Pemilik iPhone Menyelesaikan Masalah Bateri Cepat Habis

Perkara ini dijangka menghangatkan lagi arena telefon pintar dunia dan pelancaran Huawei Mate 20 pada pertengahan Oktober ini menjadi semakin menarik untuk dinantikan.

 

Kredit gambar : HardwareZone.com@FB

Sumber : HardwareZone.com@FB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY