Huawei Sindir Apple Selepas Tiga Model Baru iPhone Diperkenalkan

Huawei nampaknya 'seronok' dengan ciri dan fungsi yang telah diperkenalkan pada ketiga-tiga model baru iPhone yang diperkenalkan semalam. Malah, mereka dilihat telah membuat satu kiriman berbaur sindiran terhadap pengeluar daripada Amerika itu di laman Twitter rasmi mereka.

https://twitter.com/HuaweiMobile/status/1039959135914262528

Kiriman berkenaan berbunyi ucapan terima kasih kepada Apple kerana tidak melakukan perubahan besar pada model iPhone terbaru mereka. Huawei juga mengingatkan Apple untuk bertemu mereka pada 16 Oktober ini untuk pelancaran Huawei Mate 20 pula di London.

Jika sebelum ini Samsung dilihat seringkali bergurau manja dengan Apple, kini Huawei juga nampaknya tidak mahu ketinggalan. Untuk rekod, tiga jenama ini merupakan jenama paling popular di dunia di mana Samsung berada di tempat pertama, Huawei kedua dan Apple di tempat ketiga.

 

Sumber