Jumlah Penduduk Dunia Yang Sudah Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Setakat Ini

Semenjak bermulanya pandemik COVID-19 pada awal tahun 2020, firma-firma farmaseutikal telah memulakan pembangunan vaksin COVID-19.

Firma terawal yang mula membangunkan vaksin COVID-19 adalah Pfizer/BioNTech dari Amerika Syarikat yang terawal menjalankan ujian klinikal vaksin tersebut.

Selepas 7 bulan ujian klinikal dijalankan, akhirnya pada dalam bulan Disember 2020, vaksin COVID-19 dari Pfizer/BioNTech telah diluluskan untuk digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Seperti semua sedia maklum, vaksin COVID-19 bukanlah dibangunkan oleh Pfizer/BioNTech sahaja, tetapi terdapat lagi 7 syarikat dari 4 buah negara yang turut membangunkan vaksin COVID-19 mereka sendiri dan telah diluluskan penggunaannya

7 Syarikat itu selain Pfizer/BioNTech adalah Moderna (A.S), Novavax (A.S), Johnson & Johnson (A.S), AstraZeneca/Oxford (U.K), Sinovac Biotech (China), CanSino Biologics (China), Sinopharm (China) dan Gamaleya (Russia).



Menurut laporan Bloomberg, dianggarkan lebih daripada 3.17 bilion penduduk di lebih 180 negara sudah pun terima suntikan vaksin COVID-19.

Jumlah itu bersamaan dengan 20.7% penduduk dunia telah pun terima suntikan vaksin COVID-19 setakat ini.

Kapsyen: Dianggarkan sebanyak 40.5 juta suntikan vaksin COVID-19 diberikan di seluruh dunia. Kredit Bloomberg.


Berdasarkan status terkini laporan kemajuan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pula, lebih daripada 8 juta suntikan vaksin telah diberikan kepada penduduk di seluruh negara.

Kementerian Kesihatan Malaysia mensasarkan untuk menambahkan jumlah itu kepada 12 juta penduduk Malaysia untuk terima suntikan vaksin pada bulan Julai ini.

Kapsyen: Kredit: KKM


Jadi, kepada rakyat Malaysia yang belum mendaftar untuk menerima suntikan vaksin COVID-19, anda bolehlah segera mendaftarnya yang boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera.

Semoga negara kita segera bebas dari pandemik COVID-19 dan kehidupan kembali seperti sedia kala.

Sumber: Bloomberg, KKM

Baca juga: Cara Daftar Vaksinasi COVID-19 Pada Aplikasi MySejahtera

1.4 Juta Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Melalui MySejahtera Tidak Memberikan Maklumat Lengkap

Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kini Boleh Dilakukan Dengan Dua Kaedah Baru