Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
daftar vaksin COVID-19 hotline

Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kini Boleh Dilakukan Dengan Dua Kaedah Baru

Posted on Mac 5, 2021Mac 5, 2021

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pendaftaran vaksinasi COVID-19 akan menggunakan beberapa kaedah. Seperti diketahui, pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera telah pun boleh dilakukan bermula 23 Februari 2021.

Terkini, dua lagi kaedah pendaftaran telah di buka bermula hari ini. Dua kaedah tersebut adalah pendaftaran melalui laman web vaksincovid.gov.my dan talian hotline Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan melalui 1800-888-828.

Daftar untuk vaksinasi melalui dua kaedah baru!

1. https://t.co/OBSMIWSkvo
2. Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan:
1800-888-828 #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/VyLVGRoknq

— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) March 5, 2021

Jika, anda adalah pengguna MySejahtera, pendaftaran vaksinasi perlu dilakukan melalui aplikasi itu kerana semua maklumat pengguna sudah berada dalam rekod pangkalan data.

Dengan dua kaedah baharu ini, pengguna boleh mendaftarkan ibu bapa atau ahli keluarga mereka yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera bagi penerimaan suntikan vaksin COVID-19.

daftar vaksin COVID

Dalam pada itu, sejumlah 2,024,356 pendaftaran untuk vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera telah direkodkan setakat 5 Mac 2021, jam 3.00 petang.

Sumber: JKJAVMY

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress