Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Daftar Vaksinasi COVID-19 Pada Aplikasi MySejahtera

Cara Daftar Vaksinasi COVID-19 Pada Aplikasi MySejahtera

Diterbitkan Februari 23, 2021 · Dikemas kini Februari 23, 2021 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Menerusi buku panduan tersebut, ia menyediakan pelbagai maklumat terkini mengenai dasar Program Imunisasi.

Antaranya termasuk beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk pendaftaran dan temujanji bagi mendapatkan vaksin COVID-19. Terkini, rakyat Malaysia sudah boleh mendaftar vaksinasi COVID-19 menggunakan aplikasi MySejahtera.

Pendaftaran vaksinasi COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera sudah tersedia untuk peranti Android dan iOS dengan kemas kini MySejahtera versi 1.0.28.

Daftar vaksinasi COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera

Perlu diketahui, pemberian vaksin COVID-19 adalah secara sukarela tetapi sangat digalakkan bagi membolehkan sasaran pembentukan imuniti kelompok dapat dicapai.

Untuk mendaftar, ikuti beberapa langkah di bawah ini.

1. Pastikan aplikasi MySejahtera dikemaskini dengan versi 1.0.28 terlebih dahulu di Play Store dan App Store. Setelah itu, buka aplikasi MySejahtera dan tekan pada “COVID-19 Vaccination” di bahagian tab “MySejahtera”.

Cara Daftar Vaksinasi COVID-19 Pada Aplikasi MySejahtera

2. Kemudian, pada bahagian Vaccination, tekan “Vaccine for…”. Sahkan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda. Tekan “Edit” jika ingin membuat suntingan dan “Confirm” untuk mengesahkan maklumat tersebut.

daftar vaksin COVID-19

3. Seterusnya, tekan butang “OK”.

Cara Daftar Vaksinasi COVID-19 Pada Aplikasi MySejahtera

Setelah selesai pendaftaran, anda akan dimaklumkan apabila fasa seterusnya bermula. Sebagai tambahan, anda juga boleh tekan pada butang “CLICK HERE” untuk memberikan maklumat tambahan bagi pendaftaran vaksin.

vaksin covid

Untuk makluman anda juga, kumpulan sasaran pemberian vaksin terbahagi kepada tiga fasa seperti jadual di atas.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY