Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

1.4 Juta Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Melalui MySejahtera Tidak Memberikan Maklumat Lengkap

Posted on Mac 15, 2021Mac 15, 2021

Bermula 23 Februari lepas, rakyat Malaysia sudah pun boleh mendaftar vaksinasi COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera. Terkini, 1.4 juta pendaftaran vaksinasi COVID-19 melalui aplikasi itu dilaporkan tidak memberikan maklumat yang lengkap.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, 1.4 juta yang mendaftar hanya mengesahkan identiti seperti nama dan nombor kad pengenalan tetapi tidak menjawab soalan berkaitan dengan penilaian kesihatan serta tidak memasukkan alamat.

“Menurut MySejahtera terdapat 1.4 juta yang telah daftar untuk vaksinasi tetapi tak lengkap. Mereka hanya sah kan nama & IC tetapi tidak jawab soalan penilaian kesihatan & alamat. Jadi pendafatran ini tak lengkap. Saya harap mereka ini dapat laksanakan secepat mungkin” @Khairykj

— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) March 15, 2021

Tambah beliau, proses pendaftaran yang lengkap diperlukan bagi membolehkan temujanji suntikan vaksinasi diberikan. Khairy juga telah meminta pihak MySejahtera untuk mengenalpasti pengguna yang tidak menjawab penilaian kesihatan.

Berikutan itu, 1.4 juta pengguna berkenaan dijangka akan menerima SMS peringatan bagi melengkapkan penilaian kesihatan serta alamat, bermula petang ini.

Sumber: JKJAVMY

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress