Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
smartshield_pro belkin iPhone 18 Pro

Belkin Lancar 3 Pelindung Skrin Baharu Untuk iPhone 18 Pro

Diterbitkan September 10, 2026 ยท Dikemas kini September 10, 2026 oleh ariff bukhari

Belkin, peneraju aksesori teknologi global, menjadi antara jenama terawal melancarkan koleksi aksesori baharu khusus untuk iPhone 18 Pro dan Pro Max.

Menerusi Titan SmartShield Pro, koleksi ini hadir dengan tiga pilihan pelindung skrin inovatif iaitu Clear, Blue-to-Red, dan Bright Privacy, semuanya menggunakan teknologi Nano-Titan yang mampu menahan hentakan sehingga 9 kaki dan diuji sehingga 10,000 kitaran calar.

Belkin Lancar 3 Pelindung Skrin Baharu Untuk iPhone 18 Pro

Versi Clear mengekalkan kejernihan skrin, mengurangkan silau, serta tahan cap jari.

Blue-to-Red pula menukar cahaya biru kepada cahaya merah bagi mengurangkan ketegangan mata dan membantu kitaran tidur tanpa menjejaskan warna paparan.

Sementara itu, Bright Privacy menawarkan perlindungan privasi dengan penapisan khas, menjadikan skrin sehingga 10% lebih cerah berbanding pelindung privasi biasa, malah berpotensi menjimatkan hayat bateri sehingga 10%.

Belkin Lancar 3 Pelindung Skrin Baharu Untuk iPhone 18 Pro

Setiap pelindung skrin dilengkapi sistem pemasangan close-and-pull yang memudahkan pengguna memasang sendiri tanpa gelembung.

Harga bermula dari RM81.39 untuk Clear, manakala Blue-to-Red dan Bright Privacy masing-masing berharga RM264.61 tersedia di Belkin.com, Amazon, dan pengedar terpilih seluruh dunia.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max Kini Rasmi - Harga Bermula RM5,499
  • Apple Perkenal iPhone Duo - iPhone Lipat Pertama, Sokongan Apple Pencil, Harga Bermula RM9,499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY