Umat Islam diseluruh dunia bakal bersua dengan bulan Ramadhan hanya dalam masa beberapa hari saja lagi.
Seiring dengan teknologi pembayaran tanpa tunai masa kini, TNG Digital tampil mengumumkan kemudahan tersebut menerusi ‘Kampong Kashless Ramadan Bazaar’, berlokasi di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Bakal memberikan kemudahan pembayaran tanpa tunai melalui aplikasi e-Wallet mereka melibatkan sehingga 400 buah gerai.
Selain daripada itu, turut ditawarkan ganjaran-ganjaran menarik untuk pengguna seperti ‘Ketupat Runtuh’ (berpeluang untuk menangi pulangan wang tunai RM1,0000,000 dari 50,000 pekedai terlibat).
Sebarang pembayaran minimum RM5 dibuat, anda berpeluang untuk mendapat pulangan wang sehingga RM1000 dari tempoh 4 Mei 2019 sehingga 30 Jun 2019. Promosi lain yang akan berjalan adalah ‘Kuching Kashless Rekomen’, ‘Katch Kucing Kashless’ serta ‘Hadiah Extra Sempoi’.
Tidak terhad kepada menyediakan platform pembayaran tanpa tunai, TNG bekerjasama dengan Kechara Soup Kitchen untuk memastikan lebihan makanan di bazar akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan. Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, boleh lawati TNG Digital.