Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI MatePad Pro 12.6

Beli HUAWEI MatePad Pro Generasi Baru Dan Terima Hadiah Bernilai RM1,300

Diterbitkan Disember 13, 2022 oleh ariff bukhari

HUAWEI hari ini memaklumkan bahawa tablet generasi terbaharu HUAWEI MatePad Pro 12.6 inci mula menjengah pasaran tempatan.

MatePad Pro terbaharu ini didatangkan dengan reka bentuk estetik dan ergonomik yang menarik yang diinspirasi daripada tablet HUAWEI 12.6 inci generasi sebelumnya.

Nisbah skrin-ke-badan mencapai 90% dengan skrin OLED HUAWEI FullView Display 120Hz.

Teknologi Universal Colour Consistency diguna pakai membolehkan paparan yang konsisten pada semua peranti HUAWEI. 

huawei MatePad Pro
MatePad Pro menggunakan sistem operasi HarmonyOS 3.

Malah tablet ini juga telah dianugerahkan Pensijilan 3.0 TÜV Rheinland Full Care Display dan dilengkapi keupayaan perlindungan cahaya biru untuk memastikan kesihatan mata pengguna.

Ia juga dilengkapi dengan 8 pembesar suara yang menawarkan frekuensi tinggi dan rendah dioptimumkan mengikut empat senario penggunaan biasa iaitu untuk mendengar muzik, menonton filem, pendidikan atau kelas dalam talian dan tujuan gaming.

HUAWEI MatePad Pro 12.6 inci ini ditawarkan dalam varian 8GB RAM dengan storan 256GB yang berharga RM4,299.

Selain itu, HUAWEI juga menawarkan hadiah eksklusif kepada pembeli dengan aksesori papan kekunci magnetik pintar HUAWEI, HUAWEI M-Pencil (Gen 2) serta ganjaran eksklusif yang bernilai RM1,300.

MatePad Pro 12.6

HUAWEI MatePad Pro 12.6 inci terbaru ini boleh didapati di seluruh negara pada harga RM4,299 mulai 15 Disember 2022.

HUAWEI MatePad Pro 12.6 juga boleh dibeli menerusi stor rasmi Shopee HUAWEI.

Berkaitan

  • HUAWEI Mate 50 Pro: 1% Bateri Terakhir Mampu 'Standby' Selama 3 Jam
  • Huawei Mate 50 Pro Nombor 1 Dalam Carta DXOMARK, Pintas Pixel 7 Pro
  • Huawei Mate 50 Pro Dijual Di Malaysia Serendah RM4,499 Tapi Tak Sokong 5G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY