Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KKR tol

Pelaksanaan Pembayaran Terbuka Kutipan Tol Kini Rasmi, Ini Senarai Tol Terlibat

Diterbitkan September 29, 2023 ยท Dikemas kini September 29, 2023 oleh Amalina Athman

Pelaksanaan sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) secara rasmi telah dilancarkan bermula hari ini, 29 September 2023.

Berkaitan

  • Pengguna Lebuhraya MEX Kini Boleh Bayar Tol Guna Kad Debit, Kredit

Melalui SPT, ia membolehkan pengguna lebuh raya membuat bayaran tol menggunakan kad debit, kad kredit dan kad prabayar yang mempunyai logo MyDebit, Visa atau Mastercard. Sekali gus, ia memberikan alternatif baharu kepada kaedah pembayaran sedia ada menggunakan kad Touch ‘n Go, Smart Tag dan RFID.

Bagi yang belum tahu, lorong SPT telah pun dibuka semasa Ujian Rintis Awam secara berperingkat bermula 3 Ogos lalu. Bermula hari ini, pengguna kenderaan kelas 1 (kenderaan persendirian) secara rasmi boleh membuat bayaran tol secara SPT di lebuh raya berikut:

  • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  • Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
  • Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  • Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART)
  • Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)
  • Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE)
  • Lebuhraya Kulim – Butterworth (BKE)

Pelaksanaan SPT di Jambatan Pulau Pinang (JPP) dijangka akan bermula pada penghujung 2023. Sementara itu, pengurusan PLUS Malaysia Berhad juga telah diminta untuk menyegerakan pelaksanaan SPT agar ia dapat digunakan pada penghujung tahun ini.

Apa yang perlu dilakukan pengguna?

Bagi membolehkan pembayaran secara SPT dilakukan, pengguna perlu memastikan beberapa perkara berikut:

  • Mengaktifkan ‘contactless payment’ bagi kad debit/kad kredit/kad prabayar yang akan digunakan
  • Memilih lorong yang betul, yang mempunyai logo MyDebit, Visa atau Mastercard pada papan tanda lorong
  • Memastikan kad yang digunakan adalah sah dan baki kad debit/kad kredit mencukupi sebelum digunakan untuk pembayaran tol
  • Sekiranya transaksi menggunakan kad bank gagal, pengguna hendaklah menggunakan kad bank lain ataupun kad Touch ‘n Go yang mempunyai baki mencukupi
  • Menyentuh kad pada bahagian yang ditetapkan di terminal SPT yang diletakkan bersebelahan terminal Touch ‘n Go bagi memastikan kelancaran pembayaran tol secara SPT.

Sumber: KKR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY