Pengumuman yang tertera pada laman Bursa Malaysia itu menyatakan pembatalan dibuat adalah berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak tetapi tidak dinyatakan dengan jelas mengapa langkah itu diambil.
Digarap dari laporan The Edge Market, Gobind Singh Deo Menteri Komunikasi dan Multimedia mengulas lanjut perkara tersebut.
Ia membolehkan mereka (TM dan TNB) bekerjasama secara berasingan dengan kami dan syarikat lain dalam menyediakan infrastruktur ke seluruh negara. Jelas Gobind di Parlimen.
Beberapa pihak telah menyuarakan kebimbangan tentang kerjasama antara TM dan TNB kerana ia boleh mengundang kepada monopoli besar dalam industri. tambah beliau lagi.
Selain itu, jika diteruskan ia mungkin menjadi penghalang kepada syarikat perkhidmatan yang lain untuk bersaing dalam mendapatkan servis yang terbaik.
Gobind turut memberi jaminan walaupun Pelan Fiber Seluruh Negara dihentikan, kerajaan akan tetap meneruskan rancangan menaik taraf sambungan internet ke seluruh negara.
Memorandum Persefaham (MoU) antara TM dan TNB telah ditandatangani sejak awal tahun ini dengan rancangan perkongsian kepakaran dimana TM menyediakan perkhidmatan jalur lebar manakala TNB mempunyai infrastruktur yang boleh meningkatkan lagi penawaran internet ke seluruh negara.
Sumber: The Edge Market
Berkaitan
- Pelan Data Internet Baru Dari Tune Talk - Tambah Nilai RM30/RM50 Untuk Data Percuma 1GB Dan 2GB
- "Bila Anda Punyai Data Yang Cukup, Anda Tidak Perlu Hantar Tentera Untuk Kuasai Sesebuah Negara" - Yuval Noah
- Jualan Awal Siri Huawei P30 Bakal Dilangsungkan Lebih Meluas Dalam Negara
- Celcom Tawar Tiket Penerbangan Percuma Kepada Pelanggan Celcom First
- TNB Rancang Tawar Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Di Negeri Perak
- Kementerian Pertahanan Malaysia Larang Warga ATM Guna Tik Tok
- NFCP Manfaatkan Pelanggan Pos Malaysia Diluar Bandar
- Xiaomi Mi Mix 4 Diramal Pelancarannya Pada 24 September Ini
- OPPO Reno4 Dijadualkan Pelancarannya 5 Jun Ini
- Pelan Jalur Lebar Baru Dari Maxis Berharga RM89 (30Mbps) Dan RM 129 (100Mbps)