TM Dan TNB Batal Kerjasama Sediakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi

Telekom Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad telah menjalin kerjasama menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi melalui Pelan Fiber Seluruh Negara.

Perjanjian persefahaman itu telah ditandatangani pada awal Januari yang lalu namun dilaporkan ia telah dibatalkan dua syarikat gergasi terbabit hari ini.



Perkara tersebut telah diumumkan dilaman Bursa Malaysia, dimana pembatalan tersebut dibuat atas persetujuan kedua-dua belah pihak tetapi tidak dinyatakan secara jelas atas sebab apa.

Walaubagaimanapun langkah pembatalan ini tidak menghalang TM dan TNB dari bekerjasama dalam perjanjian-perjanjian lain yang mampu memberikan faedah kepada kedua-duanya.

Diawal pengumuman kerjasama dahulu, rancangan kolaborasi kedua-dua syarikat ini berjaya meraih perhatian ramai kerana ia dilihat mampu menaik taraf rangkaian internet dalam negara.

Sumber: Bursa Malaysia