Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Bantuan ePemula Tidak Seperti Sebelum Ini, Terhad Pembayaran Kedai Fizikal Sahaja

Posted on April 11, 2022April 15, 2022

Hari Isnin 11 Apri ini, anda yang berumur 18 hingga 20 tahun dan individu dengan status pelajar sepenuh masa sudah boleh memohon bantuan ePemula daripada kerajaan. ShopeePay merupakan salah satu platform untuk anda memohon bantuan ePemula ini.

Tetapi ada satu perkara yang tidak menyenangkan hati apabila anda memilih ShopeePay sebagai platform untuk menebus bantuan ini. Duit yang anda terima hanya boleh dibelanjakan melalui pembayaran di luar talian (offline payment).

Pembayaran Di Luar Talian (Offline Payment)

Erti kata lain, anda tidak boleh menggunakan bantuan RM150 ini untuk membeli barangan yang dijual di Shopee. Anda hanya boleh membelanjakan duit ini pada kedai fizikal yang mempunyai sokongan pembayaran melalui ShopeePay.

Sejujurnya perkara ini amat melecehkan dan mungkin menyusahkan pengguna kerana salah satu sebab kita memilih ShopeePay adalah untuk membelanja duit bantuan dalam Shopee.

Sebagai contoh pembayaran di luar talian ini adalah anda membeli ayam goreng KFC dan membayar menggunakan duit RM150 ePemula di ShopeePay. Sayang sekali duit ePemula di ShopeePay terhad kepada offline payment sahaja.

Sungguh ironi, duit ePemula yang anda tebus menggunakan ShopeePay tidak boleh digunakan untuk membeli barangan dan produk dalam Shopee.

Selain ShopeePay, platform TNG eWallet juga tidak menyokong pembayaran secara atas talian dan hanya menyokong pembayaran di luar talian sama seperti ShopeePay eWallet.

Baca juga:

  • Mirip Skim Pinjaman Buku Teks, Tablet PerantiSiswa Perlu Dipulang Semula
  • Samsung Dilapor Guna Sistem Pengimbas Cap Jari Sama Pada Peranti Boleh Lipat Terbaru
  • Agensi Angkasa Malaysia Sedang Mencari Wakil Untuk Misi Selamatkan Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa
     

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress