Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan mereka kini sedang mencari satu kumpulan untuk mewakili negara bagi menyertai misi untuk menyelamatkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Misi itu akan dilaksanakan melalui pertandingan Kibo Robot Programming Challenge (Kib0-RPC) 2022.
Pemenang pertandingan itu akan dipilih untuk mewakili negara ke 3rd KIBO Robot Programming Challenge Peringkat Asia Pasifik yang dijadualkan akan berlangsung dalam bulan September 2022 nanti.
Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur dari 18 tahun dan ke atas serta berstatus pelajar sekolah atau institusi pengajian tinggi awam atau swasta.
Kibo Robot Programming Challenge (Kibo-RPC) merupakan satu pertandingan berbentuk pendidikan yang memerlukan peserta menyediakan pengaturcaraan untuk mengawal dan menggerakkan robot (Astrobee dan Int-Ball) di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk menjalankan misi yang ditetapkan.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA). Tarikh tutup pendaftaran untuk pertandingan ini adalah pada 16 Mei 2022.
Untuk info lanjut tentang pertandingan Kibo-RPC ini, sila layari laman rasmi MYSA.
Baca juga: