Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bandar Dungun Dinobatkan Sebagai Bandar Pintar Malaysia 2025

Bandar Dungun Dinobatkan Sebagai Bandar Pintar Malaysia 2025

Diterbitkan November 3, 2025 · Dikemas kini November 3, 2025 oleh ariff bukhari

Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah menerima Anugerah Smart City Malaysia 2025 – Smart City Early Adopted (Tahap 1).

Ia merupakan pengiktirafan terhadap usaha MPD dalam menjadikan Bandar Dungun sebagai sebuah bandar pintar dan mampan.

Anugerah ini disampaikan sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Kebangsaan, Kongres Perancangan Kebangsaan (NPC) dan MyCity Expo 2025 di Dewan Seri Siantan Perbadanan Putrajaya.

MPD berkata, pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian besar yang menandakan komitmen dan usaha berterusan MP Dungun dalam memperkasa pembangunan bandar pintar.

Langkah ini sekali gus meletakkan Dungun sebaris dengan bandar-bandar lain di Malaysia yang sedang menuju ke arah transformasi digital dan inovasi dalam tadbir urus bandar.

Antara inisiatif Bandar Pintar yang telah dilaksanakan ialah penubuhan Dungun Integrated Command Center DICC, pemasangan CCTV, sistem tempat letak kenderaan elektronik menggunakan sistem D-parkS, papan iklan digital, Sistem My-Fast MPD untuk tempahan atas talian bagi kemudahan komuniti dan sukan serta banyak lagi.

Bandar Dungun Dinobatkan Sebagai Bandar Pintar Malaysia 2025
Dungun Integrated Command Center (DICC) menjadi pusat kawalan pemantauan bersistematik yang beroperasi sepenuhnya untuk menguruskan CCTV, panic button dan lampu jalan di sekitar Dungun.

MPD turut merakam penghargaan kepada Kerajaan Negeri Terengganu, PLANMalaysia, PBT lain, dan warga Dungun atas sokongan menjayakan agenda Terengganu Smart City menuju bandar yang pintar, mampan dan berdaya huni.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • KL Diiktiraf Antara 408 Bandar Paling Kreatif Di Dunia
  • HPUNIMAS Lancar Klinik Bergerak 5G Dengan Satelit CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY