Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
G SHOCK KAMEN RIDER

Bandai Keluarkan G-Shock Edisi Terhad ‘Shin Kamen Rider’

Diterbitkan April 12, 2023 · Dikemas kini April 12, 2023 oleh ariff bukhari

Bandai Fashion mengeluarkan pelbagai koleksi aksesori khas untuk memperingati tayangan filem terbaru Shin Kamen Rider.

Koleksi itu adalah kerjasama dengan pelbagai syarikat, termasuklah pengeluar jam terkemuka Casio dengan mengeluarkan jam tangan G-Shock DW-5600 “Shocker” edisi terhad.

G SHOCK KAMEN RIDER

Bagi anda yang mungkin tidak mengenali Kamen Rider, anda mungkin berfikir bahawa lambang helang pada jam tangan ini menyerupai jenis lambang helang lain yang terkenal dalam sejarah.

Tetapi lambang itu sebenarnya adalah mewakili “Shocker“, iaitu akronim untuk “Sustainable Happiness Organization with Computational Knowledge Embedded Remodeling.”

Shocker adalah sebuah organisasi jahat dalam alam semesta Kamen Rider.

G SHOCK KAMEN RIDER

Shin Kamen Rider, sudah pun ditayangkan di Jepun pada 18 Mac 2023 lalu.

Ia merupakan projek ulang tahun ke-50 hasil penulisan dan pengarahan oleh Hideaki Anno iaitu pengarah bagi Neon Genesis Evangelion.

Filem Shin Kamen Rider ini adalah rekaan semula dari siri televisyennya dahulu yang pernah diterbitkan pada 1971 dahulu.

Tempahan untuk jam tangan G-Shock DW-5600 “Shocker” akan dibuka secara atas talian pada 17 April 2023, dengan harga 19,800 yen (~RM654).

Jam tangan G-Shock DW-5600 “Shocker” edisi terhad ini hanya dijual untuk pasaran Jepun sahaja.

SHOCKERのG-SHOCK pic.twitter.com/i7ngw0lfGJ

— えあドッ夕ー (@air_dotter) April 8, 2023

Berkaitan

  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda
  • Sah MSI Digodam, Pengguna Digesa Kemas Kini Segera Firmware/BIOS
  • vivo X Flip, X Fold2 Akan Dilancar Pada 20 April Ini

Sumber: G-Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY