Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MSI Dianugerahkan Golden Award Oleh Computex 2019 Menerusi Model Terbaru Komputer Riba MSI GT76 Titan

Sah MSI Digodam, Pengguna Digesa Kemas Kini Segera Firmware/BIOS

Diterbitkan April 11, 2023 oleh ariff bukhari

Syarikat pengeluar komputer terkemuka Taiwan, MSI telah mengesahkan bahawa telah menjadi mangsa kepada serangan ransomware.

Serangan itu yang dibuat oleh grup penggodam yang dikenali dengan nama Money MessageĀ telah menuntut syarikat itu membayar USD4 juta (~RM17.6 juta) bagi mengakses semula data-data yang dicuri grup itu.

Atau data-data itu akan dibocorkan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

MSIĀ tidak berkongsi sebarang butiran mengenai masa serangan, sama ada mana-mana sistem yang terjejas telah disulitkan, atau penyerang berjaya mengekstrak maklumat perniagaan dan pelanggan ketika insiden itu.

Walaubagaimanapun, MSI mengatakan bahawa serangan siber itu tidak mempunyai kesan ketara ke atas operasi dan kewangan mereka, dengan peningkatan keselamatan yang dilaksanakan untuk memastikan data yang disimpan pada sistem yang terjejas adalah selamat.

“Selepas mengesan beberapa sistem maklumat diserang oleh penggodam, jabatan IT MSI telah memulakan mekanisme pertahanan keselamatan maklumat dan prosedur pemulihan. Syarikat juga telah melaporkan [sic] anomali itu kepada pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan,” MSI.

Susulan daripada insiden serangan itu juga, MSI menggesa pengguna untuk mengemas kini perisian firmware/BIOS hanya menerusi laman rasmi MSI, dan tidak menggunakan fail daripada sumber selain daripada laman rasmi MSI.

Berkaitan

  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda
  • FBI Beri Amaran Elakkan Guna Port USB Di Tempat Awam
  • ChatGPT Kini Diguna Penggodam Bangunkan Perisian Hasad Sofistikated

Sumber: MSI, Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY