Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo x flip

vivo X Flip, X Fold2 Akan Dilancar Pada 20 April Ini

Diterbitkan April 11, 2023 · Dikemas kini April 11, 2023 oleh Amalina Athman

Setelah pelbagai spekulasi dan khabar angin, vivo secara rasmi kini mengesahkan siri peranti boleh lipat X Fold2 dan X Flip, serta vivo Pad 2 akan dilancarkan di China pada 20 April 2023.

vivo x flip fold pad

Mengenai vivo X Flip, ia merupakan telefon boleh lipat dengan rekaan kulit kerang (clamshell) pertama vivo. Spekulasi mengatakan peranti ini akan dijana cip pemproses Snapdragon 8+ Gen 1 dan kamera swafoto 32MP pada paparan berlubang di bahagian dalam. Kamera utamanya pula dijangka akan dilengkapi lensa 50MP dengan sensor Sony IMX866, Zeiss T* dan OIS.

Berkaitan

  • vivo v27 Tersedia Di Malaysia Bermula RM1,799 - 50MP, Panel Belakang Mampu Berubah Warna
  • Sertai Kempen “Go vivo Go Raya” Dan Menang Hadiah Bernilai Sehingga RM70,000

Bagi vivo X Fold2, peranti ini mungkin hadir dengan skrin paparan utama 8.03-inci E6 AMOLED dan 6.53-inci AMOLED untuk paparan di bahagian luar. Kedua-duanya mempunyai sokongan imbasan cap jari, sementara cip terkini Snapdragon 8 Gen 2 dijangka akan menguasakan X Fold2.

Pad 2 vivo

Selain vivo X Fold2 dan X Flip, vivo turut menjadualkan pelancaran tablet Pad 2 yang mungkin didatangkan paparan berukuran 12.1-inci LCD dengan cip pemproses Dimensity 9000 serta kapasiti bateri 10,000mAh.

Untuk maklumat rasmi mengenai vivo X Fold2, X Flip dan Pad 2, nantikan acara pelancaran pada 20 April ini.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY