Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Ads AI Overview

Google Search Akan Sertakan Iklan Di AI Overview

Diterbitkan Mei 23, 2024 · Dikemas kini Mei 23, 2024 oleh Amalina Athman

Google minggu lalu telah melancarkan hasil carian dikuasakan AI, dikenali sebagai AI Overview atau Search Generative Experience (SGE), bermula di Amerika Syarikat.

Terbaharu, Google mengumumkan tidak lama lagi syarikat itu akan mula menguji iklan Search dan Shopping dalam AI Overview untuk pengguna di Amerika Syarikat.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Google Perkenal Ciri Carian Baru Untuk Photos, 'Ask Photos' Dikuasakan AI Gemini
  • Pengguna Kelak Boleh Buat Carian Google Guna Video

Iklan akan muncul dalam AI Overview di bahagian yang dilabel dengan jelas sebagai “sponsored”.

Google berkata ia akan memaparkan iklan apabila “ianya berkaitan dengan pertanyaan dan maklumat dalam AI Overview”. Iklan ini akan dijana secara automatik daripada pengiklanan sedia ada dalam Google Search.

Dalam contoh yang dikongsi oleh Google, enjin carian AI Overview menyenaraikan jawapan kepada soalan – “how do I get wrinkles out of clothes?”. Di bawah cadangan yang dijana oleh AI, terdapat bahagian “Sponsored” dengan senarai produk semburan fabrik yang boleh menghilangkan kedutan.

Google Search Akan Sertakan Iklan Di AI Overview

Bergerak ke hadapan, Google menyatakan ia akan terus menguji dan mempelajari format baharu, serta mendapat maklum balas daripada pengiklan dan industri.

Sumber: Google Blog

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY