Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tabung Haji 1444H_2023M

Semakan Tawaran Haji Boleh Dibuat Mulai Hari Ini

Diterbitkan Mac 22, 2023 ยท Dikemas kini Mac 22, 2023 oleh Amalina Athman

Lembaga Tabung Haji kini mengumumkan semakan tawaran haji untuk tahun 1444H/2023M telah boleh dibuat mulai hari ini.

Berkaitan

  • IKHLAS Kerjasama Dengan Dar Al Eiman Untuk Selesai Isu Hotel Di Tanah Suci
  • Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah Bakal Terima Insentif e-Dompet RM20

Bakal haji giliran tunai haji pada tahun 2020, 2021 dan 2022 yang tertangguh disebabkan pandemik serta bakal haji giliran 2023 boleh membuat semakan tawaran melalui www.thijari.com.my atau memuat turun aplikasi THijari di App Store atau Google Play Store.

Selain itu, semakan juga boleh dilakukan dengan menghubungi Tabung Haji Contact Centre di talian 03-62071919. Tarikh akhir menjawab tawaran haji adalah pada 31 Mac 2023.

Tawaran Haji 1444H

Sementara itu, sekiranya tidak menerima sebarang tawaran haji, pengguna boleh melakukan rayuan haji melalui platform dalam talian THijari (aplikasi atau portal) yang akan dibuka mulai 27 Mac 2023.

Terdahulu, Tabung Haji mengumumkan sejumlah 31,600 kuaota haji diperuntukkan bagi musim haji 1444H/2023M, dengan tiada had umur yang ditetapkan.

Sumber: Tabung Haji

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY