Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Awas! Jangan Gunakan Aplikasi DU Antivirus Security

Awas! Jangan Gunakan Aplikasi DU Antivirus Security

Diterbitkan Oktober 3, 2017 oleh Helmi Samsuri

Jika anda seorang pengguna Android, sudah pasti anda pernah mengguna atau sekurang-kurangnya terlihat aplikasi dari DU di Google PlayStore.

Pelbagai jenis aplikasi telah dibangunkan oleh DU, dari aplikasi yang kononnya menjimatkan bateri sehinggalah kepada aplikasi antivirus.

Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh Check Point, mereka mengenal pasti DU Antivirus Security tidak melindungi telefon anda, sebaliknya ia mengumpul maklumat pengguna dan gunakan ia untuk tujuan komersial tanpa kebenaran pengguna.

Penyelidik mendapati bahawa, apabila aplikasi dijalankan untuk kali pertama, ia mengumpulkan maklumat dari peranti anda. Kemudian maklumat tersebut akan dihantar ke remote server. Antara maklumat yang terlibat adalah, ID unik, log panggilan, senarai kenalan, dan mungkin lokasi peranti anda berada.

Awas! Jangan Gunakan Aplikasi DU Antivirus Security

Maklumat itu semua kemudiannya digunakan pada aplikasi mereka yang dikenali sebagai Caller ID & Call Block – DU Caller. Penyelidik menegaskan bahawa, ia sesuatu yang bertentangan dengan fungsi sebenar antivirus iaitu melindungi maklumat pengguna dan bukan sewenang-wenangnya digunakan bagi tujuan komersial tanpa pengetahuan pengguna.

Difahamkan penyelidik telah membuat laporan kepada Google dan aplikasi itu dibuang dari Google PlayStore. Tetapi itu hanya sementara sahaja kerana pembangun telah memuat naik semula aplikasi berkenaan ke PlayStore dengan versi yang dikatakan tanpa “kod berbahaya”. Pembangun turut menyarankan supaya pengguna mengemaskini aplikasi kepada versi yang baru.

Walaupunbegitu, penyelidik tetap dengan pendirian mereka – jauhi aplikasi DU.

Sumber: Check Point

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
©2026 WISER.MY