Syarikat perisian tempatan, ACO Tech, mengumumkan bahawa sistem pengendaliannya iaitu ATLAS OS (ACO Tech Local Automotive Services) kini tersedia untuk Proton X50 melalui kemas kini over-the-air (OTA). Ini akan menggantikan Ekosistem Pintar Geely (GKUI) sedia ada yang kini dilengkapi pada kenderaan itu, selain menawarkan pelbagai penambahbaikan untuk navigasi dan pengecaman suara. Pelancaran untuk sistem baharu ini…
Pengarang: Nadiah Ab
Pencipta Video Di Facebook Boleh Jana Wang Hanya Dengan Satu Syarat
Pencipta kandungan di Facebook kini boleh menjana pendapatan melalui video Facebook mereka dengan menggunakan muzik berlesen. Syarikat itu melancarkan “Music Revenue Sharing” untuk membolehkan pencipta video memasukkan muzik berlesen dalam video mereka di Facebook dan memperoleh bahagian hasil iklan dalam strim. Syarikat induk Facebook, Meta berkata ini membuka peluang baharu untuk pencipta dan pemegang hak…
Tiada Lagi Kamera Zeiss Pada Telefon Nokia Selepas 16 Tahun
Syarikat induk Nokia, HMD Global, mengesahkan bahawa mereka telah menamatkan kolaborasi dengan syarikat kamera Zeiss, dalam menyediakan perkakasan optik untuk telefon Nokianya. Kolaborasi antara kedua-dua syarikat yang terjalin sejak tahun 2005 ini sebenarnya telah berakhir pada tahun 2021, namun kali ini secara rasmi ia disahkan dan diumumkan oleh HMD Global. Ini juga bermakna telefon Nokia…
WhatsApp Sedang Bangun Ciri Baharu, Boleh Tahu Ahli Yang Pernah Keluar ‘Group’
WABetaInfo melaporkan WhatsApp sedang membangunkan satu lagi ciri baharu untuk WhatsApp Group, iaitu Past Participants. Ciri ini membolehkan anda mencari bekas ahli kumpulan sembang WhatsApp yang anda sertai. WABetaInfo menyatakan selepas WhatsApp memulakan pembangunan ciri ini untuk aplikasi Android, syarikat itu juga sedang dalam usaha untuk membawa fungsi ini kepada pengguna iOS. Dengan ciri Past Participants, pengguna…
Lazada Dan Touch ‘n Go Labur RM750 Juta Dalam TNG eWallet
Lazada Group semalam rasmi menjadi pelabur bagi syarikat induk Touch ‘n Go eWallet, TNG Digital Sdn Bhd, yang secara majoriti dimiliki oleh CIMB Group Holdings Bhd dan Ant Group China. Turut diumumkan TNG Digital telah mengumpul RM750 juta daripada pembiayaan ekuiti terbaharunya, yang diterajui oleh pelaburan baharu oleh Lazada dan pelaburan susulan oleh Touch ‘n…
Intel Sah Akan Jadi Pengeluar Cip Untuk MediaTek
Pengeluar cip, Intel Corp, mengesahkan mereka akan mengeluarkan cip untuk MediaTek Inc, salah satu syarikat reka bentuk cip terbesar di dunia. Selain faundri seperti Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) yang membina cip yang direka bentuk oleh syarikat lain, Intel terkenal dengan membuat cip yang direka sendiri. Presiden Intel Foundry Services, Randhir Thakur, berkata ini dapat…
