Kanye West dan Adidas bakal mengeluarkan Yeezy BOOST 350 V2 “Zyon” tidak lama lagi. “Zyon” mempunyai corak yang serupa dengan Yeezy 350 V2 “Static”, hanya kali ini tiada jalur putih dan aksen kelabu diganti dengan jalur coklat gelap beserta tona mocha. Yeezy 350 V2 terdiri daripada Zyon Primeknit di bahagian atas dengan jalur sisi tona…
Pengarang: Nadiah Ab
Sekuel Filem Chicken Run Akan Datang Di Netflix
Selepas 20 tahun, Chicken Run, sebuah filem animasi popular, akhirnya kembali dengan sebuah sekuel. Dengan kerjasama Netflix, pihak produksi Aardman Animation Studios menyatakan filem ini akan ditayangkan di Netflix dan akan memulakan produksi pada tahun 2021. Twenty years since the release of Aardman’s first full length feature, Chicken Run, we’re excited to confirm the return…
Discord Bukan Lagi Platform Ruang Sembang Dalam Permainan Video
Discord melakukan penjenamaan semula dari sebuah aplikasi ruang sembang dalam permainan video kepada sebuah platform sembang seperti Skype. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesesuaian platformnya untuk mana-mana komuniti, bukan hanya komuniti gaming. Berita tentang perubahan ini telah diumumkan dalam laman web Discord sendiri oleh CEO Discord, Jason Citron. Malah slogannya juga telah ditukar kepada “Your place…
Netflix Kini Boleh Ditonton Dalam Resolusi 4K HDR Di Pelayar Web Safari
Pengguna Mac dijangka akan dapat menonton Netflix dalam resolusi 4K HDR, dalam macOS Big Sur yang dikhabarkan akan dilancarkan sekitar September hingga November tahun ini. Berita gembira ini telah disebarkan oleh Ishan Agarwal, melalui kenyataan di akaun Twitternya yang mengatakan beliau boleh menonton Netflix dalam resolusi 4K dengan Dolby Vision di MacBook Pro miliknya. OMG!…
Spotify Di Malaysia Kini Dilengkapi Dengan Lirik Lagu
Mulai hari ini, Spotify telah melancarkan lirik kepada semua pengguna di Malaysia, yang memberi akses kepada pendengar dalam aplikasi itu untuk berjuta-juta lirik lagu dalam bahasa yang dinyanyikan. Untuk melesenkan lirik tersebut, Spotify bekerjasama dengan Musixmatch, yang merupakan katalog lirik dan terjemahan terbesar di dunia. Akses bagi fungsi ini boleh dilakukan dengan menekan tab “Lyrics”…
