WhatsApp Sedang Bangun Ciri Baharu, Boleh Tahu Ahli Yang Pernah Keluar 'Group'

WABetaInfo melaporkan WhatsApp sedang membangunkan satu lagi ciri baharu untuk WhatsApp Group, iaitu Past Participants.

Ciri ini membolehkan anda mencari bekas ahli kumpulan sembang WhatsApp yang anda sertai.

WABetaInfo menyatakan selepas WhatsApp memulakan pembangunan ciri ini untuk aplikasi Android, syarikat itu juga sedang dalam usaha untuk membawa fungsi ini kepada pengguna iOS.

Dengan ciri Past Participants, pengguna WhatsApp akan dapat melihat siapa yang keluar atau telah dibuang daripada kumpulan dalam tempoh 60 hari yang lepas.

whatsapp past participants Kapsyen: Sumber: WABetaInfo


Dikatakan akan ada pilihan baharu yang boleh dilihat di bahagian bawah senarai ahli kumpulan dalam kemas kini akan datang, membolehkan ahli melihat siapa yang pernah menjadi ahli sebelumnya.

Dipercayai fungsi ini akan dapat dilihat oleh semua ahli kumpulan dan bukan pentadbir sahaja.

Terdahulu, WhatsApp sudah mula membangunkan fungsi yang membolehkan anda keluar dari kumpulan secara senyap tanpa pengetahuan ahli lain.

Sumber: WABetaInfo